Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sambutan Hari Polis Ke 210 Pm Rasmikan Upacara Simbolik Di Dewan Pengaman

Diterbitkan: 25 Mar 2017 8.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 25 Mac 2017 – Kemeriahan Sambutan Hari Polis ke-210 tidak hanya terhenti di padang kawad bahkan ianya diteruskan lagi dengan beberapa upacara simbolik yang penuh bersejarah di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sambutan-hari-polis-ke-210-pm-rasmikan-upacara-simbolik-di-dewan-pengaman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT

SAMBUTAN HARI POLIS KE-210 : PM RASMIKAN UPACARA SIMBOLIK DI DEWAN PENGAMAN

Kuala Lumpur, 25 Mac 2017 – Kemeriahan Sambutan Hari Polis ke-210 tidak hanya terhenti di padang kawad bahkan ianya diteruskan lagi dengan beberapa upacara simbolik yang penuh bersejarah di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Aturcara dimulakan dengan penyampaian Anugerah Khas Juara Integriti PDRM oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai pengiktirafan kepada pegawai polis, anggota dan pegawai awam yang komited menjalankan tugas dengan telus dan berintegriti.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan pelancaran Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Inisiatif ini adalah bagi memastikan kebajikan pesara serta ahli keluarga mereka terpelihara, disamping mengajak masyarakat bersama-sama menghargai mereka yang telah berkorban demi keamanan dan kesejahteraan Negara.

Lebih manis lagi dalam majlis tersebut, pihak kerajaan Malaysia telah mengumumkan sumbangan berjumlah RM3 juta untuk dimasukkan ke dalam tabung tersebut bagi tujuan kebajikan warga PDRM.

Sementara itu, turut diadakan pelancaran aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang akan memudahkan orang ramai menyalurkan aduan atau maklumat jenayah kepada pihak polis secara atas talian yang boleh dimuat turun secara percuma melalui ‘Google Play, Apps Store dan Window Store’.

YAB Perdana Menteri turut menyempurnakan pelancaran Coffee Table Book bertajuk Pasukan F “Hanya Yang Berani” yang memaparkan perjuangan dan pengorbanan barisan perwira negara di kalangan Pasukan Operasi Khas (E3F) menentang anasir subversif komunis dalam negara ini yang dirahsiakan selama lebih 40 tahun.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nur Jazlan Mohamed, barisan kepimpinan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri, pesara-pesara polis khasnya dari Cawangan Khas, orang awam dan rakan-rakan media.

Sambutan Hari Polis Ke 210 Pm Rasmikan Upacara Simbolik Di Dewan Pengaman
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan pelancaran Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP).

Sambutan Hari Polis Ke 210 Pm Rasmikan Upacara Simbolik Di Dewan Pengaman
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan pelancaran aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) 

Sambutan Hari Polis Ke 210 Pm Rasmikan Upacara Simbolik Di Dewan Pengaman
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan pelancaran Coffee Table Book bertajuk Pasukan F “Hanya Yang Berani” 

Sambutan Hari Polis Ke 210 Pm Rasmikan Upacara Simbolik Di Dewan Pengaman
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak  menyampaikan Anugerah Khas Intergiti kepada para penerima.
ArtikelDiterbitkan 25 Mar 2017 8.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM