Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Bakal Bangunkan Sistem Status Siasatan Kes

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata ia merupakan kesinambungan projek laporan polis secara dalam talian melalui portal laporan PDRM, yang a..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-bakal-bangunkan-sistem-status-siasatan-kes
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:49 MYT

Kuala lumpur, 29 Jun - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan membangunkan sistem status siasatan kes untuk membolehkan pengadu mengetahui perkembangan siasatan laporannya.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata ia merupakan kesinambungan projek laporan polis secara dalam talian melalui portal laporan PDRM, yang akan dilaksanakan September ini.

"Kita akan berikan kata laluan kepada mereka yang membuat laporan polis dan mereka boleh mengakses sistem tersebut bagi mengetahui perkembangan siasatan kes," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Penipuan
Pelaburan Dalam Perniagaan peringkat Kebangsaan di Pusat Kecemerlangan Bernama, Wisma Bernama di sini, hari ini.

Seminar sehari itu dianjurkan bersama Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia dengan kerjasama PDRM, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM).

Turut hadir Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya dan ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Ayub berkata pada peringkat awal, projek itu akan dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Beliau juga berkata polis menerima laporan berhubung 351 kes berkaitan penipuan perniagaan dengan kerugian bernilai RM100 juta pada tahun lepas dan bagi empat bulan pertama tahun ini, pihaknya menerima 95 kes dengan jumlah kerugian RM15 juta.

"Kebanyakan kes melibatkan penipuan internet dan mereka yang ditipu terdiri daripada golongan berpendidikan dan profesional. Ada juga yang tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana malu," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati membuat pelaburan dan perlu menyemak dengan pihak tertentu termasuk SSM bagi mengelak ditipu. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM