Tindakan
seorang remaja menanam dua rangka dan satu enjin motosikal bagi
mengelak dikesan polis tidak bertahan lama, setelah dia ditahan dalam Op
Lejang di rumahnya di Kampung Asam Jawa.
Remaja berusia 16 tahun itu
ditahan setelah dipercayai terlibat dalam kes meleraikan komponen
motosikal bersangkut kes kehilangan kenderaan itu pada Mei lalu.
Penahanan remaja terbabit akhimya dapat menyelesaikan kes kehilangan
motosikal sebelum ini seterusnya merungkai kes berangkai yang melibatkan
tujuh remaja.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah
berkata, remaja terbabit mengaku membeli motosikal curi itu dari rakanya
dengan harga RM300 sebelum meleraikannya. Kesemua mereka yang terlibat
dalam kes itu akan dikenakan tindakan undang-undang kerana memiliki dan
meleraikan motosikal curi.
Sumber : Akhbar sinar harian

Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Rungkai Kes Curi Berangkai
Remaja berusia 16 tahun itu ditahan setelah dipercayai terlibat dalam kes meleraikan komponen motosikal bersangkut kes kehilangan kenderaan itu pada Mei lalu. Penahanan remaja terbabit akhimya dapat m..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rungkai-kes-curi-berangkai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.