Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Operasi Daulat Merupakan Kerjasama Tertinggi Atm Pdrm

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Zulkifeli berkata kerjasama kedua-dua agensi di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan berkenaan juga telah dikembangkan kepada rondaan bersama PDRM dan ATM bagi menangani kes jenayah jalanan serta lat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/operasi-daulat-merupakan-kerjasama-tertinggi-atm-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:43 MYT

Lahad Datu, 29 Jun - Operasi Daulat yang diwujudkan khusus untuk memerangi pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo merupakan kerjasama tertinggi pernah diadakan di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain.

Katanya melalui kerjasama berkenaan, kedua-kedua pasukan keselamatan itu serta agensi lain bersama-sama menghadapi kumpulan penceroboh demi mempertahankan kedaulatan negara.

"Operasi Daulat yang telah kami laksanakan bersama, tidak pernah kami terbayang dan terfikir akan berlaku sehinggalah kedaulatan negara kita dicerobohi pihak berkenaan.

"Hasil daripada kerjasama kami yang erat melalui Strategi Lautan Biru maka kami dapat bekerjasama mempartahankan kedaulatan negara," katanya kepada pemberita pada sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sidang media berkenaan merupakan sidang media pertama diadakan sempena pelancaran program komunikasi ATM dan PDRM, iaitu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan bagi menyebarluaskan aktiviti pasukan keselamatan berkenaan kepada masyarakat.


Zulkifeli berkata kerjasama kedua-dua agensi di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan berkenaan juga telah dikembangkan kepada rondaan bersama PDRM dan ATM bagi menangani kes jenayah jalanan serta latihan bersama yang dikendalikan secara bergilir-gilir.

Khalid pula berkata, kerjasama erat ATM dan PDRM menghadapi kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, merupakan satu model kerjasama masa depan kedua-dua agensi untuk menghadapi sebarang isu yang mengancam kedualatan negara.

"Inilah model masa depan yang bakal kita ikuti dalam menangani ancaman dan masalah keselamatan negara kita," katanya.

Menurut Khalid kerjasama PDRM dan ATM di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan tidak akan terhenti kepada usaha menghadapi ancaman kedaulatan negara malah melampaui konteks rondaan bersama menangani kes jenayah jalanan di
bandar-bandar besar.

"Kita telah mengadakan rondaan bersama dan ini akan ditingkat dan diteruskan ... sekarang ini kita ada rondaan bersama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan akan dilanjutkan di lapangan terbang antarabangsa lain di seluruh negara," katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM