Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pasukan Polis Asean Dalam Mengekang Kegiatan Perdagangan Dadah Antarabangsa

Published: 11 Jun 2014 1.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Aktiviti perdagangan/pengedaran dadah haram merupakan salah satu kegiatan jenayah yang amat sukar untuk dijejaki antara alam jenayah. Memburukkan lagi keadaan, pelaku pengedar dadah semakin hari berta..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-polis-asean-dalam-mengekang-kegiatan-perdagangan-dadah-antarabangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:09 MYT
Cheras - 28 Mac 2011

Aktiviti perdagangan/pengedaran dadah merupakan salah satu kegiatan jenayah yang amat sukar untuk dijejaki dalam 'alam jenayah'. Terdapat banyak kes besar berkaitan dengan kegiatan ini berlaku di sekeliling kita namun tiada laporan yang dibuat. Memburukkan lagi keadaan, pelaku pengedar dadah semakin hari bertambah dan berleluasa setiap hari. Menurut maklumat risikan, kebanyakan aktiviti ini mempunyai hubungan dengan organisasi jenayah antarabangsa. Modus operandi organisasi ini yang sentiasa berpindah menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan dan mengambil tindakan ke atas mereka.

Di atas fakta yang membimbangkan ini, PDRM telah merangka dan merancang pelbagai cara bagi mengekang jenayah perdagangan dadah di Malaysia dan rantau negara Asia. Oleh yang demikian, satu program kursus telah dilaksanakan iaitu "Joint Narcotics Couse For ASEAN Police Forces". Program kursus dirasmikan oleh YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar Ketua Polis Negara, di Maktab PDRM Cheras pagi ini.

Turut hadir pagi ini YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Mr Bun Khemraoth, Police Captain Of Cambodia bersama wakil, Drs Mulyadi, Supt Director Of Narcotic Of Indonesia bersama wakil, Mr. Aung Min Lwin, Polic Captain Of Myanmar bersama wakil, Mr. Fajardo Gonzales Ismail Jr, Special Operation Unit Of Philippines bersama wakil, Mr. Geoffrey Soh Koh Tong, DSP Of Singapore bersama wakil, Mr. Pholnak Kritsana, General Staff, Provinvial Police Region 5 Of Thailand bersama wakil, Mr. Bui Duc Nhat, Police Colonel Of Vietnam bersama wakil, YDH Supt Giam Kar Hoon, NCID Malaysia bersama wakil dan Mr Sai Mounkhoun Sulyyavong, Chief Of Section, Counter Narcotic Police Departmet Of Loas bersama wakil dan Pegawai-pegawai Kanan polis.

Kursus ini merupakan satu platform untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang efektif bagi agensi penguatkuasa undang-undang. Langkah signifikan seumpama ini dapat membantu bagi mencapai objektif mengekang ancaman pengedaran dadah di dalam negara. Negara Malaysia misalnya merupakan sumber dan juga destinasi persinggahan utama pengedaran dadah antarabangsa. Dengan adanya platform seumpama ini, Pegawai Kanan Polis boleh bertukar-tukar pandangan, membuat perbandingan pandangan, mencapai keputusan dalam merangka hubungan antara pelbagai hala dan memperhebatkan kerjasama dalam mengatasi masalah ini.

"Kita tegas dalam usaha untuk membina institusi-institusi penguatkuasa yang  kuat, boleh dipercayai dan berkesan untuk menumpaskan ancaman ini. Dalam rangka memerangi kegiatan jenayah global, hubungan antara kerajaan 'Government to Government' yang kuat harus dimulakan. Oleh yang demikian, latihan kepada penguatkuasa undang-undang diperlukan agar perisikan dan maklumat dapat dikongsi  seiring dengan pembangunan masa kini", YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan perasmian Program Kursus Joint Narcotics Course For ASEAN Police Forces.

Pasukan Polis Asean Dalam Mengekang Kegiatan Perdagangan Dadah Antarabangsa
Pegawai Kanan Polis menunggu ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Pasukan Polis Asean Dalam Mengekang Kegiatan Perdagangan Dadah Antarabangsa
YDH Komandan Maktab PDRM Cheras Kuala Lumpur menunggu ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Pasukan Polis Asean Dalam Mengekang Kegiatan Perdagangan Dadah Antarabangsa
Ketibaan YDH Pengarah Jabatan KDNKA

Pasukan Polis Asean Dalam Mengekang Kegiatan Perdagangan Dadah Antarabangsa
YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama YDH Komandan Maktab PDRM Cheras dan YDH SAC Dato' Mohd Zulyadaen bin Haji Ismail, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Pasukan Polis Asean Dalam Mengekang Kegiatan Perdagangan Dadah Antarabangsa
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Pasukan Polis Asean Dalam Mengekang Kegiatan Perdagangan Dadah Antarabangsa
Antara peserta kursus yang hadir

Pasukan Polis Asean Dalam Mengekang Kegiatan Perdagangan Dadah Antarabangsa
Dari kiri...YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar Ketua Polis Negara dan YDH SAC Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur
 
Pasukan Polis Asean Dalam Mengekang Kegiatan Perdagangan Dadah Antarabangsa
Memberi penghormatan perarakan masuk bendera negara masing-masing

Pasukan Polis Asean Dalam Mengekang Kegiatan Perdagangan Dadah Antarabangsa
Ucapan perasmian program kursus Joint Narcotics Course For Asean Police Force oleh YDH Ketua Polis Negara

Pasukan Polis Asean Dalam Mengekang Kegiatan Perdagangan Dadah Antarabangsa
YDH Ketua Polis Negara berkenalan dengan peserta kursus

Pasukan Polis Asean Dalam Mengekang Kegiatan Perdagangan Dadah Antarabangsa
Bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara

Wartawan/Jurufoto : L/kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Md Aruwan bin Md Amilah @ Harun
ArticlePublished 11 Jun 2014 1.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM