Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Police Toastmasters Club Kuala Lumpur Pertama Di Rantau Ini

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 31 Mac 2011 - Pengarah Pengurusan PDRM, YDH CP Dato' Robiah bt. Abdul Ghani hari ini telah melancarkan Police Toastmasters Club Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/police-toastmasters-club-kuala-lumpur-pertama-di-rantau-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:34 MYT

Kuala Lumpur, 31 Mac 2011 - Pengarah Pengurusan PDRM, YDH CP Dato' Robiah bt. Abdul Ghani hari ini telah melancarkan Police Toastmasters Club Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pagi tadi. Semasa dalam ucapan pelancarannya, beliau melahirkan rasa bangga serta tertarik dengan usaha Polis KL yang menjadikan disiplin komunikasi dan kepimpinan sebagai suatu perkara yang penting pada masa kini. Menurut beliau lagi, Pegawai Polis mesti boleh berkomunikasi secara berkesan dengan masyarakat setempat mahupun pelancong yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan dan ini selaras dengan situasi negara yang kian membangun. Semasa menjawab soalan dari wakil media pula beliau memberitahu bahawa IPK Kuala Lumpur adalah sebagai perintis dalam penubuhan kelab ini dan ia akan dikembangkan ke lain-lain kontinjen nanti.

Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah yang turut berucap dalam majlis tersebut menjelaskan bahawa penubuhan Toastmasters Club merupakan langkah proaktif bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan di kalangan Pegawai-pegawai Polis bagi mempromosikan imej PDRM di mata masyarakat.


Toastmaster International
ialah satu organisasi pendidikan tidak berasaskan keuntungan yang mengajar pidato umum dan kemahiran kepimpinan melalui satu rangkaian di seluruh dunia. Ia diasaskan oleh Ralph C. Smedley di Santa Ana California pada tahun 1924. Kini Toastmasters mempunyai lebih 12 500 kelab dan lebih 260 000 orang ahli di 113 negara. Terdapat beberapa pasukan polis di negara luar telah menubuhkan kelab Toastmasters ini seperti Police Toastmasters Club Houston. Police Toastmasters Club Kuala Lumpur dengan ini menjadi kelab Toastmasters pasukan polis yang pertama ditubuhkan di rantau ini.

Sebagai permulaan, Police Toastmasters Club Kuala Lumpur ini mensasarkan keanggotaan seramai 35 hingga 40 orang, terbuka kepada semua Pegawai-pegawai Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Untuk itu, mesyuarat-mesyuarat akan diadakan setiap dua minggu sekali serta sesi dialog selama satu jam antara ahli-ahlinya.


Senarai jawatan kuasa eksekutif Police Toastmasters Club Kuala Lumpur.

1. Presiden                                   
    YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah (Ketua Polis Kuala Lumpur)

2. Timbalan Presiden (Pendidikan)

    YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh (Timb. Ketua Polis Kuala Lumpur)

3. Timbalan Presiden (Keahlian)            

    YDH SAC Dato' Ku Chin Wah (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur)

3. Timbalan Presiden (Perhubungan Awam)    

    YDH P/ACP Rasdi bin Ramli (PT Pentadbiran)

4. Setiausaha    

    YDH Supt. Sh. Hawariah Syed Idrus (Timbalan KJSJN)

5. Bendahari     

    YDH ACP Mok Kai Mung (Timbalan KCK II)


6. Sergean at Arms    

    ASP Suffian bin Hj. Sulaiman (ASP HEA/Rakan Cop)

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH DCP Dato' Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Zaleha bt Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Ketua-ketua Polis Daerah Kuala Lumpur, Y.Bhg. DTM Ramdass Nayar, Lieutenant Governer Marketing District 51, Pegawai-pegawai Kanan IPK KL, beberapa ahli Toastmasters Lembah Kelang dan juga wakil media. Sebelum majlis berakhir, satu "demonstration meeting" yang melibatkan beberapa ahli Police Toastmasters Club Kuala Lumpur bersama beberapa ahli Toastmasters Club dipersembahkan di hadapan hadirin.

Gambar-gambar sekitar majlis pelancaran.

Police Toastmasters Club Kuala Lumpur Pertama Di Rantau Ini

Police Toastmasters Club Kuala Lumpur Pertama Di Rantau Ini

Police Toastmasters Club Kuala Lumpur Pertama Di Rantau Ini

Police Toastmasters Club Kuala Lumpur Pertama Di Rantau Ini

Police Toastmasters Club Kuala Lumpur Pertama Di Rantau Ini

Police Toastmasters Club Kuala Lumpur Pertama Di Rantau Ini

Police Toastmasters Club Kuala Lumpur Pertama Di Rantau Ini

Police Toastmasters Club Kuala Lumpur Pertama Di Rantau Ini

Police Toastmasters Club Kuala Lumpur Pertama Di Rantau Ini

Police Toastmasters Club Kuala Lumpur Pertama Di Rantau Ini

Police Toastmasters Club Kuala Lumpur Pertama Di Rantau Ini

Police Toastmasters Club Kuala Lumpur Pertama Di Rantau Ini


Berita : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Syamsul Baharin

Gambar : L/Kpl Syamsul Baharin

Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM