Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Aspirasi Komuniti Bandar Kinrara 2 Sempena Majlis Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Beliau amat menghargai usaha dan inisiatif masyarakat itu sendiri (Komuniti Bandar Kinrara 2) yang menganjurkan majlis Peringatan Hari Polis ini untuk warga polis IPD Serdang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/aspirasi-komuniti-bandar-kinrara-2-sempena-majlis-peringatan-hari-polis-ke-204-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:03 MYT

Bandar Kinrara , 25 Mac 2011 - "Saya sangat terharu dengan penghargaan yang diberikan oleh Komuniti Bandar Kinrara 2 kepada pihak polis sempena penganjuran Majlis Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun ini," ujar YDH Supt. Abd. Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang hari ini.

Beliau amat menghargai usaha dan inisiatif masyarakat itu sendiri (Komuniti Bandar Kinrara 2) yang menganjurkan majlis Peringatan Hari Polis ini untuk warga polis IPD Serdang.

Menurutnya lagi, masyarakat di sini benar-benar menjalinkan suatu ikatan yang rapat dalam merealisasikan kepolisan masyarakat di mana mereka meronda kawasan di BK2 di bawah Skim Ronda Sukarela (SRS) dan meronda bersama polis di kawasan perumahan mereka.

Kerjasama ini bagi menentukan kawasan penempatan mereka dapat dikawal daripada kegiatan jenayah, ditambah juga kawasannya yang berpagar serta berpengawal dan ini menunjukkan pendekatan kepolisan masyarakat amat berkesan.

Beliau juga menggalakkan pengukuhan semangat kejiranan sebagai benteng dan jaringan kawalan yang holistik di samping menekankan aspek-aspek Skim Ronda Sukarela (SRS) dan polis di mana kerjasama pintar boleh menepati objektif seperti:

- Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial.

- Membantu menguatkuasakan undang-undang.

- Membantu perlindungan kepada nyawa dan harta benda.

- Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat.

- Memastikan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.

 

Beliau menambah, Skim Rondaan Sukarela (SRS) ini menunjukkan penglibatan masyarakat secara sukarela dan bekerjasama dengan pihak polis dalam menentukan keselamatan setempat daripada ancaman jenayah yang menjadi kepentingan bersama.

"Kekuatan kepolisan masyarakat menjadi jelas dengan penyatuan kerjasama yang berterusan antara pihak polis dengan masyarakat dan kejadian jenayah di kawasan ini adalah terkawal atas usaha sukarelawan daripada penduduk kawasan ini," ujarnya mengakhiri ucapannya.

Gambar-gambar Sekitar Majlis Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun Di Bandar Kinrara 2.

Aspirasi Komuniti Bandar Kinrara 2 Sempena Majlis Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun

Aspirasi Komuniti Bandar Kinrara 2 Sempena Majlis Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun

Aspirasi Komuniti Bandar Kinrara 2 Sempena Majlis Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun

Aspirasi Komuniti Bandar Kinrara 2 Sempena Majlis Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun

Aspirasi Komuniti Bandar Kinrara 2 Sempena Majlis Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun

Aspirasi Komuniti Bandar Kinrara 2 Sempena Majlis Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun

Aspirasi Komuniti Bandar Kinrara 2 Sempena Majlis Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun

Sumber    :    IPD Serdang
Wartawan :    L/Kpl Mohd Helmi
Suntingan :    Insp. Md. Aruwan Bin Md. Amilah

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM