Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasukan Forensik Polis Ke Kiev

Diterbitkan: 10 Apr 2015 5.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
PDRM akan menghantar pasukan forensik yang terdiri daripada tujuh anggota ke Kiev, Ukraine Sabtu ini untuk menyambung semula siasatan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-forensik-polis-ke-kiev
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:53 MYT

PDRM akan menghantar pasukan forensik yang terdiri daripada tujuh anggota ke Kiev, Ukraine Sabtu ini untuk menyambung semula siasatan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan itu akan memasuki kawasan nahas yang terletak di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 14 April ini bagi mencari barang dan bukti baru bagi membantu siasatan.

“Mereka bersama-sama pasukan dari Belanda dan Ukraine akan berada selama sebulan di kawasan nahas untuk meneruskan siasatan termasuk mencari satu lagi mayat penumpang warga Belanda yang belum ditemukan, "Polis komited dengan siasatan ini kerana pesawat MH17 adalah milik Negara”, katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Pasukan Forensik Polis Ke Kiev

ArtikelDiterbitkan 10 Apr 2015 5.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM