Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suspek Cederakan Nenek Berjaya Ditahan Polis

Diterbitkan: 10 Apr 2015 5.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang nenek yang menjadi mangsa kes rompak di kediamannya di Kangkar Pulai bersyukur apabila dimaklumkan polis bahawa suspek yang dipercayai rnencederakannya berjaya ditahan hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-cederakan-nenek-berjaya-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:08 MYT


Seorang nenek yang menjadi mangsa kes rompak di kediamannya di Kangkar Pulai bersyukur apabila dimaklumkan polis bahawa suspek yang dipercayai rnencederakannya berjaya ditahan hari ini.

Zainun Baharon, 77, yang kini tinggal bersama anaknya lega dua lelaki yang mencederakannya dengan kayu sehingga menyebabkan mukanya cedera dan bengkak kedua-dua matanya berjaya dicekup.

"Ketika saya diserang tempoh hari, saya mengenal pasti salah seorang suspek yang kudung jari tangan kanannya. Keterangan itu sama seperti suspek yang berjaya ditahan pihak polis," katanya.

Dalam kejadian Selasa lalu, Zainun mengalami kecederaan apabila dua penjenayah bersenjatakan kayu itu memasuki rumah dan memukulnya sebelum melarikan rantai dan gelang yang dipakai mangsa.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintenden Noor Hashim Mohamad berkata, dua suspek berusia 37 dan 55 tahun ditahan pukul 7.15 malam tadi hingga 2.30 pagi ini. Katanya, kedua-dua suspek ditahan secara berasingan di Bandar Baru Kangkar Pulai, di sini dipercayai tinggal tidak jauh dari rumah mangsa.

"Salah seorang suspek yang ditangkap mempunyai empat rekod jenayah dan positif dadah ketika ditahan. Kedua-dua suspek ini ditahan reman bagi membantu siasatan", katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Suspek Cederakan Nenek Berjaya Ditahan Polis
ArtikelDiterbitkan 10 Apr 2015 5.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM