Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ikrar Kesetiaan Kepada Pasukan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
PULAPOL KUCHING, 3 JULAI 2012 – Dewan Merdeka Pulapol Kuching menjadi saksi kepada berlangsungnya majlis perasmian latihan asas konstabel skuad 1/2012 yang dirasmikan oleh YDH ACP Burhanuddin Bin Abd..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ikrar-kesetiaan-kepada-pasukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:08 MYT

PULAPOL KUCHING, 3 JULAI 2012 -  Dewan Merdeka Pulapol Kuching menjadi saksi kepada berlangsungnya majlis perasmian latihan asas konstabel skuad 1/2012 yang dirasmikan oleh YDH ACP Burhanuddin Bin Abdul Majid, Komandan Pulapol Kuching.

Seramai 950 pelatih konstabel skuad 1/2012  kini sedang giat menjalani latihan asas konstabel mulai 16 Jun 2012 dan dijadualkan tamat pada 15 Disember 2012.

Dalam majlis tersebut, YDH ACP Burhanuddin Bin Abdul Majid, Komandan Pulapol Kuching telah menyampaikan amanat dan memberi kata-kata peransang bagi membangkitkan semangat juang para pelatih untuk meneruskan legasi Sang Saka Biru. 

Justeru itu, setiap pegawai dan jurulatih yang dilantik telah dipertanggungjawabkan untuk mentranformasikan para pelatih ini menjadi seorang pegawai polis yang berhemah, berintegriti, cekap dan efisien.

Bagi mencapai tujuan tersebut, beliau menyeru supaya setiap pelatih untuk mempertingkatkan kecergasan fizikal dan kemantapan mental bagi menghadapi sebarang cabaran semasa latihan.

Sebagai tanda ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan dan negara, upacara angkat sumpah jawatan dan lafaz ikrar taat setia dilaungkan selain menandatangani  borang akujanji , borang akta rahsia rasmi dan borang akuan tidak menyalahguna dadah.

Sebelum meninggalkan majlis, YDH ACP Burhanuddin Bin Abdul Majid, Komandan Pulapol Kuching juga berkesempatan untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan para pelatih.

Ikrar Kesetiaan Kepada Pasukan
SM Baris melapor kehadiran pelatih.

Ikrar Kesetiaan Kepada Pasukan
Para pelatih mengaminkan bacaan doa.

Ikrar Kesetiaan Kepada Pasukan
YDH ACP Burhanuddin Bin Abdul Majid, Komandan Pulapol Kuching menyampaikan ucapan.

Ikrar Kesetiaan Kepada Pasukan
Ikrar Kesetiaan Kepada Pasukan
Menandatangani dokumen.

Ikrar Kesetiaan Kepada Pasukan
Ikrar Kesetiaan Kepada Pasukan
Bacaan ikrar taat setia.

Ikrar Kesetiaan Kepada Pasukan
Barisan kepimpinan PULAPOL Kuching.

Ikrar Kesetiaan Kepada Pasukan
YDH ACP Burhanuddin Bin Abdul Majid, Komandan Pulapol Kuching beramah mesra bersama para pelatih.

Waratawan & Jurufoto : IPK Sarawak.
Penyunting : Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM