Bukit Aman - 9 Julai 2012.
Pameran
Inovasi PDRM telah diadakan di Lobi Menara 1 Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Pameran ini merupakan kesinambungan daripada Sambutan Hari Inovasi PDRM
2012 yang telah berlangsung 25 Jun 2012 di Cindai Ballroom, Ri-Yaz
Heritage Resorts & SPA, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Pameran
tersebut terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori Pengurusan dan
Kategori Teknikal. Antara yang terlibat dalam pameran ini ialah Kumpulan
'F' Transform dari IPD Petaling Jaya yang telah memenangi Kategori
Teknikal dan Kumpulan Roda, IPD Ipoh, Perak pula menjuarai Kategori
Pengurusan.
Hadir sama pada pameran ini ialah YDH SAC Dato'
Rusli bin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan) dan
YDH SAC Dato' Shamsiah Binti Mohd Shariff, Ketua Penolong Pengarah
(Penyelidikan Dan Pembangunan).

YDH
SAC Dato' Rusli bin Ahmad mendengar taklimat mengenai i-Smart Tactical
Vest daripada kumpulan 'U-7' dari Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri
Sembilan.

Sekitar pameran.

Sekitar pameran.

Sekitar pameran.

i-Slit daripada Kumpulan 'Target', Briged Utara PGA Ulu Kinta.

Kumpulan Roda, IPD Ipoh, Perak.

Sekitar pameran.

Kumpulan T-Ganu Team dari IPPK Terengganu.

T-PAST dari Kumpulan T-Ganu Team.

i-Smart Tactical Vest daripada kumpulan 'U-7' dari Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan.

Catridge Collector and Scraper ialah mesin mengutip dan mengetuk kelongsong peluru.

Antara piala yang dimenangi.

Sekitar pameran.

i-Slit digunakan semasa latihan menembak.

Sekitar pameran.
Jurufoto & Wartawan : L/Kpl Mohd Shareel Bin Shahriman
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Pameran Inovasi Pdrm 2012
Pameran Inovasi PDRM diadakan di Lobi Menara 1 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pameran ini diadakan sempena Sambutan Hari Inovasi PDRM 2012 yang telah berlangsung 25 Jun 2012 di Cindai Ballroom, Ri-Yaz Heri..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pameran-inovasi-pdrm-2012
Scan to view the latest live version.