Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali

Diterbitkan: 12 Jun 2014 2.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Syabas diucapkan kepada Pasukan Pancaragam Polis Diraja Malaysia kerana terpilih membuat persembahan yang berprestij di Italy...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pancaragam-dan-badan-seni-budaya-pdrm-ke-itali
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:41 MYT
KLIA Sepang, 10 Julai 2012 -Syabas diucapkan kepada Pasukan Pancaragam Polis Diraja Malaysia kerana terpilih membuat persembahan yang berprestij di Itali.

Hari ini seramai 79 orang pegawai dan anggota PDRM akan menyertai 'Italy International Military Tattoo Festival' di Modena, Itali  yang akan diketuai oleh SAC Dato' Zull Aznam bin Haron selaku Ketua Kontinjen.

Pancaragam PDRM telah dijemput untuk membuat persembahan bagi mewakili Malaysia manakala Badan Seni Budaya PDRM akan mengiringi persembahan Pancaragam PDRM disamping mempromosikan kebudayaan dan kesenian negara di peringkat antarabangsa.

Festival yang berlangsung bermula dari 10 sehingga 15 Julai ini akan membawa nama Malaysia khasnya, dan PDRM amnya serta menggalakkan industri pelancongan negara.

Penyertaan ini mendapat sokongan penuh daripada Ketua Polis Negara bagi memastikan penyertaan dan persembahan yang bakal diadakan mencapai objektifnya.

SERBA SEDIKIT MENGENAI SEJARAH PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA:-

Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia diasaskan oleh Encik J.D. Hussey, Komandan Polis Depot dalam tahun 1932. Pada mulanya pancaragam ini dianggotai oleh 10 ahli muzik, di bawah pimpinan Encik Chico. Pada tahun 1937, pancaragam ini mendapat khidmat seorang pemimpin bertauliah iaitu DSP A.W. Crofts. Tugas beliau diambil alih oleh Superintenden Haji Alias bin Arshad pada tahun 1959, seorang pemegang ijazah dari Royal Academy College of Music, England. Penolongnya ialah DSP Abu Bakar Long yang dibantu oleh Pengarah Muzik Pusat, ASP Mansor bin Ibrahim.

Pada 1 Mei 1974, Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia diperbesarkan kepada 132 orang ahli muzik, termasuk 32 anggota wanita. kini pancaragam PDRM diterajui oleh ketua pengarah muzik Superintenden Alina binti Saad.

Pancaragam PDRM berperanan menyerikan majlis-majlis seperti berikut:-

Majlis-majlis rasmi negara termasuk Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, kunjungan para pembesar luar negara, penganugerahan bintang dan darjah kebesaran dan lain-lain.

Majlis-majlis rasmi negeri termasuk Hari Keputeraan raja dan Yang di-Pertuan Negeri, penganugerahan darjah kebesaran dan pingat, serta pembukaan dewan-dewan Undangan Negeri.

Majlis-majlis rasmi Polis Diraja Malaysia termasuk Hari Peringatan Polis, Penganugerahan Panji-Panji, Perbarisan Diraja, Perbarisan Tamat Latihan, lawatan ketua-ketua polis luar negara, dan lain-lain. Ia juga sebagai Duta kecil semasa membuat lawatan persembahan ke luar negara.

Sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat melalui persembahan tatu, 'roadshow', konsert dan majlis-majlis yang dianjurkan oleh badan-badan berkanun dan swasta di seluruh negara.

Pancaragam PDRM juga telah menempa sejarah melalui lawatan ke luar negara, termasuk ke United Kingdom, Jerman, Sweeden, Australia serta negara-negara jiran yang lain dan kini di Negara Itali.

Pancaragam PDRM telah memainkan peranan yang unik dalam meningkatkan imej PDRM di kalangan masyarakat dalam dan luar negara.





Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali
Gambar kenangan Pasukan Pancaragam PDRM pada tahun 1953

Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali
Pasukan Pancaragam PDRM dan Badan Seni Budaya PDRM bergambar kenangan

Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali
Sesi bergambar pegawai dan anggota Pancaragam PDRM

Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali
Antara persembahan Pancaragam PDRM

Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali
Antara persembahan Pancaragam PDRM

Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali
Antara persembahan Pancaragam PDRM

Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali
Antara persembahan Pancaragam PDRM

Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali
Antara persembahan Pancaragam PDRM

Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali
Antara persembahan Pancaragam PDRM

Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali
Antara persembahan Pancaragam PDRM

Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali
Antara persembahan Pancaragam PDRM

Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali
Antara persembahan Pancaragam PDRM

Pancaragam Dan Badan Seni Budaya Pdrm Ke Itali
Antara persembahan Badan Seni Budaya PDRM



Wartawan/jurugambar: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 2.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM