Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Paluan Berundur Sempena Persaraan Pengarah Pengurusan Dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Published: 09 Jun 2014 1.45 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Majlis Paluan Berundur Pengarah Pengurusan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM telah diadakan di Padang Kawat PULAPOL, Kuala Lumpur..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/paluan-berundur-sempena-persaraan-pengarah-pengurusan-dan-pengarah-jabatan-siasatan-jenayah-narkotik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 29 Mei 2007. Majlis Paluan Berundur Pengarah Pengurusan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM telah diadakan di Padang Kawat PULAPOL, Kuala Lumpur.

Hadir dimajlis tersebut, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH Dato' Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Datin Fatimah binti Hamid, Pengarah-pengarah Jabatan PDRM dan isteri, Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta tetamu jemputan.

Ketibaan YDH CP Dato' Mohd Amir bin Sulaiman, Pengarah Pengurusan diiringi Y.Bhg. Datin Arba'ayah binti Osman serta YDH CP Dato' Abang Abd. Wahap bin Abang Julai, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang diiringi Y.Bhg. Datin Dayang Horieh binti Datuk Abang Haji Zainuddin, telah disambut oleh YDH Ketua Polis Negara, YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah-pengarah PDRM serta Komandan PULAPOL.

Majlis dimulai dengan persembahan muzik oleh Pancaragam Pusat PDRM yang diketuai oleh ASP Mohd Rosli bin Omar, persembahan dari Badan Kebudayaan PDRM, deklemasi sajak, 'Beating the Retreat' - Turun Bendera, lintas hormat oleh Unit Udara PDRM dan menandatangani Buku Pelawat. YDH CP Dato' Abang Abd. Wahap bin Abang Julai, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah mengambil kesempatan memimpin Pancaragam Pusat PDRM dengan diiringi oleh YDH CP Dato' Mohd Amir bin Sulaiman, Pengarah Pengurusan sebelum diarak menaiki kenderaan khas meninggalkan majlis.

" Selamat Bersara Dato"


Paluan Berundur Sempena Persaraan Pengarah Pengurusan Dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
YDH CP Dato' Mohd Amir bin Sulaiman, Pengarah Pengurusan diiringi Y.Bhg. Datin Arba'ayah binti Osman serta YDH CP Dato' Abang Abd. Wahap bin Abang Julai, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang diiringi Y.Bhg. Datin Dayang Horieh binti Datuk Abang Haji Zainuddin diarak oleh Pegawai-pegawai Kanan PDRM meninggalkan majlis.

ArticlePublished 09 Jun 2014 1.45 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM