Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Malam Gurindam Jiwa Sekalung Budi Dato Mohd Amir

Diterbitkan: 09 Jun 2014 1.44 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.49 PM
Warga Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia mengadakan Malam 'Gurindam Jiwa Sekalung Budi' bagi meraikan persaraan Dato' Mohd Amir Sulaiman, Pengarah Pengurusan PDRM di The Legend Hotel, Kuala Lump..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-gurindam-jiwa-sekalung-budi-dato-mohd-amir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:13 MYT

Kuala Lumpur - 28 Mei 2007. Warga Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia mengadakan Malam 'Gurindam Jiwa Sekalung Budi' bagi meraikan persaraan YDH Dato' Mohd Amir Sulaiman, Pengarah Pengurusan PDRM di The Legend Hotel, Kuala Lumpur.

YDH Dato' Mohd Amir dilahirkan pada 31 Mei 1951 dan menyertai PDRM pada 10 November 1969 sebagai Inspektor.

Di sepanjang perkhidmatan beliau, pelbagai tugas dan jawatan dipikul, antaranya Ketua Bahagian Komputer Jabatan Pengurusan, Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Komputer), Timbalan Pengarah II Jabatan Logistik dan Ketua Polis Johor.

YDH Dato' Mohd Amir dilantik sebagai Pengarah Pengurusan PDRM pada 6 Jun 2006 dengan pangkat Komisioner Polis dan menjalani persaraan wajib dari perkhidmatan pasukan polis pada 31 Mei 2007.

Sebagai menghargai perkhidmatannya, beliau telah dianugerahkan pelbagai darjah dan Bintang Kebesaran seperti DPPTS, JSM, PSPP dan KMN.

Sesungguhnya pengorbanan dan bakti YDH Dato Mohd Amir Sulaiman kepada PDRM adalah terlalu banyak dan sukar untuk dinilai. Semoga jasa dan bakti beliau mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

Selamat bersara .... Dato'.

Malam Gurindam Jiwa Sekalung Budi Dato Mohd Amir
YDH Dato'  Mohd Amir Sulaiman bersama Y.Bhg. Datin Arba'ayah Osman memotong kek Ulang Tahun Kelahiran ke 56 YDH Dato' Mohd Amir Sulaiman

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 1.44 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.49 PM