Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kempen Mesra Senyum Bersama Polis Diraja Malaysia

Diterbitkan: 09 Jun 2014 1.47 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.49 PM
Majlis pelancaran Kempen Mesra & Senyum bersama Polis Diraja Malaysia telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kempen-mesra-senyum-bersama-polis-diraja-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:25 MYT

Petaling Jaya - 31 Mei 2007. Majlis pelancaran Kempen Mesra & Senyum bersama Polis Diraja Malaysia telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA) di Ibupejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Hadir dimajlis tersebut, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, Y.Bhg. Dato' Zakiah Ahmad, Ketua Setiausaha KEKKWA, Pengarah-pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan KEKKWA, anggota-anggota polis, komuniti tempatan, jemputan KEKKWA dan wakil-wakil media.

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni telah masuk tahun ketiga selepas pelancarannya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 11 Januari 2005. Kempen yang bertemakan 'Mesra & Senyum' ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran amalan budi bahasa antara anggota polis dan orang awam. Ia juga menggalakkan interaksi antara anggota perkhidmatan melalui aktiviti budi bahasa bagi memupuk prinsip-prinsip kepuasan pelanggan. 'Mesra' merujuk kepada interaksi yang harmoni antara individu yang berteraskan keikhlasan dan kejujuran dan ia bertepatan dengan konsep PDRM iaitu 'Khidmat Mesra'. Manakala 'Senyum' adalah kemurahan hati dan keikhlasan budi dalam urusan.

Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa selamat, ucapan aluan YDH Ketua Polis Negara, persembahan sketsa, ucapan dan pelancaran kempen 'Mesra & Senyum' oleh YB Menteri KEKKWA dan penyematan pin lapel 'Mesra dan Senyum' oleh YB Menteri KEKKWA kepada YDH Ketua Polis Negara. Majlis diteruskan dengan penyerahan bahan kempen 'Mesra & Senyum' oleh YB Menteri KEKKWA kepada Ketua-ketua Polis Negeri dan persembahan koir.

YB Menteri KEKKWA dengan diiringi oleh YDH Ketua Polis Negara telah membuat lawatan ke ruang pameran Hal Ehwal Awam Bukit Aman, Muzium Polis, Cawangan Trafik, Cawangan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Rakan Cop dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Kemuncak program kempen ini ialah program bertemu pelanggan bersama YB Menteri KEKKWA diiringi YDH Ketua Polis Negara ke kaunter Khidmat Pelanggan atau lebih dikenali One Stop Centre IPD Petaling Jaya.

Kempen Mesra Senyum Bersama Polis Diraja Malaysia
kiri...YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YB Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Menteri Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA) dan Y.Bhg. Dato' Zakiah binti Ahmad, Ketua Setiausaha KEKKWA melancarkan Kempen Mesra & Senyum bersama Polis Diraja Malaysia di Ibupejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 1.47 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.49 PM