Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ops Tiong Cekup Awang Hitam

Published: 16 Jun 2014 8.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
OPS TIONG CEKUP AWANG HITAM : Seramai 72 lelaki warga Afrika yang disyaki terlibat dalam pelbagai jenis penipuan dalam talian diberkas melalui operasi bersepadu di lebih 20 lokasi penempatan rakyat se..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-tiong-cekup-awang-hitam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:28 MYT
OPS TIONG CEKUP AWANG HITAM : Seramai 72 lelaki warga Afrika yang disyaki terlibat dalam pelbagai jenis penipuan dalam talian diberkas melalui operasi bersepadu di lebih 20 lokasi penempatan rakyat sekitar Lembah Klang, semalam.

Kesemua mereka disyaki terlibat melakukan sebanyak 945 penipuan melibatkan kerugian RM29.63 juta sejak Januari hingga Oktober lalu.

Ops Tiong selama enam jam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu dilakukan di beberapa lokasi seperti Desa Lembah Permai, Ampang Jaya; Taman Wangsa Permai, Sentul; Metro Prima, Kepong dan Seri Damansara, Petaling Jaya.

Ketika serbuan dilakukan, terdapat warga Afrika yang enggan bekerjasama dengan mempertikaikan serbuan polis, namun tiada seorang yang berjaya meloloskan diri.

Ops Tiong Cekup Awang Hitam
ArticlePublished 16 Jun 2014 8.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM