Menurut KPD Klang Utara, SUPT Mohamad Shukor Sulong, empat kereta yang dirampas dalam serbuan itu, dilaporkan hilang di Balai Polis Bandar Baru Klang, Sungai Way, Subang Jaya dan Seksyen 6, Shah Alam. Polis turut menjumpai peralatan curi kereta dan kunci pendua dalam kenderaan digunakan suspek.
“Kumpulan ini bergiat aktif pada waktu malam di kawasan perumahan. Hanya dalam tempoh 10 minit, kenderaan itu dapat dilarikan dan kita percaya suspek turut menjual kenderaan tersebut,” katanya.
Dua daripada tujuh suspek yang diberkas memiliki rekod jenayah lampau dan semua mereka, berumur 19 hingga 34 tahun, direman sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
