Ops Cantas Kurangkan Poster Pinjaman Along Di Kulaijaya
Kulaijaya,
17 Dis – Jumlah poster ceti haram atau Along di kawasan awam semakin
berkurangan hasil Ops Cantas Khas secara berterusan.
Ketua
Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya
ASP Lyidia Mastura Alias berkata dalam ops itu, 10 individu ditahan
kerana kesalahan terbabit manakala lapan daripadanya telah didakwa di
mahkamah sepanjang tahun ini.
"Tindakan
berikutnya, nombor telefon yang tertera di poster terbabit akan
dikumpul kemudiannya kita akan membuat laporan untuk dikemukakan kepada
pihak telco untuk disenarai hitam," katanya kepada pemberita di sini
hari ini.
Beliau berkata ops berkenaan turut mendapat kerjasama daripada anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kulaijaya.
Kesalahan
itu boleh didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang
Pindaan 2010 dan boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau
denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : BERNAMA