Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sorok Dalam Belukar Elak Dikesan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.37 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.34 PM
Tindakan pantas pasukan anjing pengesan K9 PDRM menghidu jejak seorang lelaki yang baru sahaja melakukan samun terhadap seorang wanita membuah hasil apabila suspek berjaya ditahan ketika sedang bersem..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sorok-dalam-belukar-elak-dikesan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:45 MYT

Tindakan pantas pasukan anjing pengesan K9 PDRM menghidu jejak seorang lelaki yang baru sahaja melakukan samun terhadap seorang wanita membuah hasil apabila suspek berjaya ditahan ketika sedang bersembunyi di sebuah belukar di Ladang Bukit Talang, tengah hari semalam.

Dalam kejadian yang berlaku, suspek telah melarikan barang kemas dan kereta bersama mangsa. Namun, kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan dan suspek melarikan diri ke ladang kelapa sawit berhampiran.

Hasil maklumat daripada orang ramai, pihak polis telah menjalankan Ops Kesan bagi menjejaki suspek dan bantuan unit anjing pengesan K9 digunakan.

Sorok Dalam Belukar Elak Dikesan
Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.37 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.34 PM