Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Serbuan Sindiket Dadah Pistol Antara Yang Dirampas

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.36 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.34 PM
Bukit Aman, 17 Dis – Sepucuk pistol model CZ bersama 30 butir peluru hidup antara yang dirampas sepanjang serbuan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dari 14 sehingga 16 Dis..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/serbuan-sindiket-dadah-pistol-antara-yang-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:50 MYT

Bukit Aman, 17 Dis – Sepucuk pistol model CZ bersama 30 butir peluru hidup antara yang dirampas sepanjang serbuan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dari 14 sehingga 16 Disember yang lalu.

Serbuan pada kali ini turut melibatkan rampasan dadah sebanyak 68.61kg syabu, 9.7kg heroin, 25.3kg kafein yang mana harga pasarannya bernilai RM14 juta.

Operasi yang melibatkan dua serbuan berasingan ini juga membolehkan pihak JSJN Bukit Aman berjaya melumpuhkan dua sindiket dadah antarabangsa dengan tertangkapnya 11 ahli sindiket, masing-masing 4 lelaki warga Nigeria, seorang lelaki warga India dan 6 orang warga tempatan.

Menurut kenyataan media oleh Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara pada hari ini, dalam salah satu serbuan yang dijalankan, pihak JSJN telah mengesan modus operandi penyeludupan menggunakan lapangan terbang antarabangsa negara di mana keldai dadah yang tiba tidak mengambil bagasi mereka tetapi terus menginap di hotel.

"Mereka kemudiannya akan menghubungi pihak lapangan terbang bagi menghantarkan bagasi mereka ke hotel berkenaan bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa lapangan terbang," ujar beliau.

Hasil operasi ini menyaksikan sejumlah RM34,950 wang tunai dan dua buah kenderaan berjaya disita.

Kesemua tangkapan dibuat bersabit Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek yang berusia lingkungan22 hingga 58 tahun telah direman antara tiga sehingga tujuh hari bagi membantu siasatan.

Serbuan Sindiket Dadah Pistol Antara Yang Dirampas
Serbuan Sindiket Dadah Pistol Antara Yang Dirampas
Serbuan Sindiket Dadah Pistol Antara Yang Dirampas
Serbuan Sindiket Dadah Pistol Antara Yang Dirampas
Serbuan Sindiket Dadah Pistol Antara Yang Dirampas

Sumber : Unit Portal Dan Facebook Rasmi Bukit Aman

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.36 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.34 PM