Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ops Cantas Kurangkan Poster Pinjaman Along Di Kulaijaya

Published: 18 Jun 2014 6.37 AM Updated: 15 Aug 2026 7.34 PM
Kulaijaya, 17 Dis – Jumlah poster ceti haram atau Along di kawasan awam semakin berkurangan hasil Ops Cantas Khas secara berterusan...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-cantas-kurangkan-poster-pinjaman-along-di-kulaijaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 10:16 MYT

Kulaijaya, 17 Dis – Jumlah poster ceti haram atau Along di kawasan awam semakin berkurangan hasil Ops Cantas Khas secara berterusan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya ASP Lyidia Mastura Alias berkata dalam ops itu, 10 individu ditahan kerana kesalahan terbabit manakala lapan daripadanya telah didakwa di mahkamah sepanjang tahun ini.

"Tindakan berikutnya, nombor telefon yang tertera di poster terbabit akan dikumpul kemudiannya kita akan membuat laporan untuk dikemukakan kepada pihak telco untuk disenarai hitam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata ops berkenaan turut mendapat kerjasama daripada anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kulaijaya.

Kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang Pindaan 2010 dan boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.37 AMUpdated 15 Aug 2026 7.34 PM