Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ops Bersepadu Diperhebat

Published: 18 Jun 2014 5.54 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Polis Kontinjen Selangor kini memperhebatkan lagi pencegahan jenayah di mana beberapa Ops Bersepadu telah dijalankan di dua daerah iaitu Petaling Jaya dan Serdang...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-bersepadu-diperhebat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:46 MYT

Polis Kontinjen Selangor kini memperhebatkan lagi pencegahan jenayah di mana beberapa Ops Bersepadu telah dijalankan di dua daerah iaitu Petaling Jaya dan Serdang.

Operasi yang bermula lebih kurang jam 9.00 malam itu melibatkan seramai 650 petugas terdiri daripada pegawai dan anggota polis, Sukarelawan Simpanan Polis (PVR), Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4, Cheras dan beberapa agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Imigresen, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan UNHCR.

Operasi yang dijalankan pada kali ini lebih menumpukan kepada warga asing disamping mengesan 'wanted person' di mana kawasan sasaran bagi daerah Petaling Jaya adalah Projek Perumahan Rakyat (PPR), Lembah Subang manakala daerah serdang menumpukan kawasan Suria Kinrara dan Bandar Puteri.
 
Turut dijalankan pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk di laluan tersebut serta pemeriksaan terhadap kenderaan-kenderaan lama yang terdapat di kawasan perumahan tersebut. Kedua-dua operasi ini diketuai oleh Ketua Polis Daerah masing-masing.

Seramai 155 orang ditahan dalam operasi yang dijalankan di kedua-dua daerah tersebut atas pelbagai kesalahan antaranya PATI, kesalahan jenayah, dadah dan ‘wanted person’. Operasi berakhir sekitar jam 3.00 pagi.

Ops Bersepadu Diperhebat
Ops Bersepadu Diperhebat
Ops Bersepadu Diperhebat
Ops Bersepadu Diperhebat
Ops Bersepadu Diperhebat
Ops Bersepadu Diperhebat
Ops Bersepadu Diperhebat
Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArticlePublished 18 Jun 2014 5.54 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM