Polis Tahan Pembonceng Motosikal Rampas Pistol Dan 50 Butir
Kuala
Lumpur, 21 Nov - Polis merampas sepucuk pistol dan 50 butir peluru
daripada seorang lelaki tempatan yang ditahan ketika membonceng sebuah
motosikal dalam keadaan mencurigakan di Jalan Maharajalela di sini
semalam.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki
berusia 53 tahun itu ditahan sepasukan polis peronda pada 9.45 malam dan
hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol jenis Parabellum
Calliber 9mm dalam beg sandangnya.
Beliau
berkata polis turut menemui 700 biji pil disyaki ecstasy yang dibungkus
dalam plastik kecil, 50 butir peluru dalam sebuah kotak kecil,
senaskhah majalah dan sebuah kotak berisi duit syiling.
Ku
berkata siasatan lanjut di rumah suspek pada 1.30 pagi di Taman Cheras
Mas pula membawa kepada penemuan 300 biji pil disyaki ecstasy, selain
dua pisau lipat, kad peminjam wang dan buku lejar.
"Berdasarkan
barangan rampasan, kami tidak menolak kemungkinan lelaki ini anggota
sindiket pengedaran dadah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau
berkata suspek, yang memiliki rekod jenayah lampau, ditahan reman tujuh
hari mulai semalam dan kes disiasat mengikut Akta Senjata Api 1960.
Sumber : BERNAMA