Polis
Kontinjen Selangor kini memperhebatkan lagi pencegahan jenayah di mana
beberapa Ops Bersepadu telah dijalankan di dua daerah iaitu Petaling
Jaya dan Serdang.
Operasi yang bermula lebih kurang jam 9.00
malam itu melibatkan seramai 650 petugas terdiri daripada pegawai dan
anggota polis, Sukarelawan Simpanan Polis (PVR), Pasukan Gerakan Am
(PGA) Batalion 4, Cheras dan beberapa agensi kerajaan lain seperti
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Imigresen, Majlis Perbandaran Subang
Jaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan UNHCR.
Operasi
yang dijalankan pada kali ini lebih menumpukan kepada warga asing
disamping mengesan 'wanted person' di mana kawasan sasaran bagi daerah
Petaling Jaya adalah Projek Perumahan Rakyat (PPR), Lembah Subang
manakala daerah serdang menumpukan kawasan Suria Kinrara dan Bandar
Puteri.
Turut dijalankan pemeriksaan terhadap kenderaan yang
keluar masuk di laluan tersebut serta pemeriksaan terhadap
kenderaan-kenderaan lama yang terdapat di kawasan perumahan tersebut.
Kedua-dua operasi ini diketuai oleh Ketua Polis Daerah masing-masing.
Seramai
155 orang ditahan dalam operasi yang dijalankan di kedua-dua daerah
tersebut atas pelbagai kesalahan antaranya PATI, kesalahan jenayah,
dadah dan ‘wanted person’. Operasi berakhir sekitar jam 3.00 pagi.







Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Ops Bersepadu Diperhebat
Polis Kontinjen Selangor kini memperhebatkan lagi pencegahan jenayah di mana beberapa Ops Bersepadu telah dijalankan di dua daerah iaitu Petaling Jaya dan Serdang...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-bersepadu-diperhebat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.