Article
Operasi Trafik Bukit Aman Menjelang Tahun Baru 2011
YDH SAC Dato' Abd. Aziz Bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan PDRM juga sempat turun padang membuat tinjauan operasi yang dijalankan. Dalam kenyataan akhbarnya menya...
Sg. Buloh, Rawang - 1 Jan 2011
Menjelang hari pertama tahun baru 2011 Polis Trafik Bukit Aman mengadakan operasi di Lebuhraya Utara Selatan ke atas bas dan kenderaan perdagangan.

YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan memeriksa permit Bas Persiaran

Saman yang dikeluarkan atas kesalahan yang dilakukan

Operasi samseng jalanan lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban

Motosikal yang telah diubahsuai untuk berlumba

Temuramah wartawan kepada YDH Ketua Trafik Pasukan
Berita dan gambar dari sumber Cawangan Trafik Bukit Aman
Menjelang hari pertama tahun baru 2011 Polis Trafik Bukit Aman mengadakan operasi di Lebuhraya Utara Selatan ke atas bas dan kenderaan perdagangan.
Operasi yang bermula pada pukul 12 tengah malam dan berakhir pada jam 4.30 pagi itu disasarkan pada semua bas dan kenderaan perdagangan yang menghala ke selatan tanahair. Kenderaan-kenderaan tersebut di tahan dan diperiksa di Hentian Rehat sebelah Sg. Buloh . Sebanyak 73 saman dikeluarkan dan daripada jumlah itu, 35 saman ke atas bas dan kenderaan perdagangan kerana kesalahan memandu melebihi had laju, lori ( 30 saman ), bas ( 5 saman ), van, kereta dan motosikal masing - masing ( 1 saman ) kerana melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.
YDH SAC Dato' Abd. Aziz Bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan PDRM turut serta bersama-sama 29 pegawai dan anggota Trafik Bukit Aman bagi mengambil tindakan tegas penguatkuasaan ke atas pemandu - pemandu bas Ekspress, Persiaran serta kenderaan perdagangan yang bersikap degil, sering melakukan kesalahan jalan raya.
Operasi serupa ini akan dijalankan secara berterusan sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan agar dapat mendidik dan mendisiplinkan pemandu-pemandu kenderaan di jalan raya supaya bertimbang rasa dan mematuhi undang- undang demi keselamatan pengguna jalan raya .

Di masa yang sama juga, Polis Trafik Bukit Aman telah menjalankan operasi khas samseng jalanan di kedua- dua arah lebuh raya Kuala Lumpur - Seremban berhampiran kawasan Hentian Rawat dan Rehat ( R & R ) Seremban , Nilai. Dalam operasi yang bermula pukul 1 pagi, Polis Trafik mengepung dan menyekat lokasi samseng jalanan dan berjaya menahan 320 motosikal di kedua-dua arah lebuh raya tersebut.
Daripada jumlah itu, polis telah menyita 27 motosikal dan 17 motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) kerana melakukan pelbagai kesalahan jalan raya melibatkan penunggang yang berusia 16-30 tahun. Antara kesalahan dilakukan, tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, nombor plat motosikal tidak mengikut spesifikasi dan mengubah suai ekzos serta enjin motosikal.
Operasi tersebut melibatkan 50 pegawai dan anggota Trafik Bukit Aman serta anggota Trafik Daerah dan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya dan Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan 167 saman, JPJ ( 17 saman ) dan Jabatan Alam Sekitar ( 4 saman ).
Seorang penunggang motosikal ditahan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh enam bulan atau denda sehingga dua ribu ringgit atau dengan kedua-duanya.
YDH SAC Dato' Abd. Aziz Bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan PDRM juga sempat turun padang membuat tinjauan operasi yang dijalankan. Dalam kenyataan akhbarnya menyatakan pihak PDRM tidak akan berkompromi dengan mat rempit kerana aksi- aksi mereka bukan sahaja membahayakan diri mereka, tetapi juga anggota polis dan pengguna jalan raya yang lain.
Selain itu,beliau juga menasihati semua ibu bapa mengambil berat dan memerhatikan anak masing- masing serta mengambil tahu dimana mereka keluar bersama rakan-rakan terutama sekali apabila menunggang motosikal.
Operasi seumpama ini akan berterusan bagi mengekang kegiatan mat rempit berdasarkan maklumat orang ramai dan risikan yang dijalankan di lokasi mat rempit. 