Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Media Perkukuh Hubungan Kerjasama

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH Ketua Polis Negara telah mengadakan perjumpaan bersama Ketua-ketua Pengarang media tempatan di pejabat beliau tengahari ini.....
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-media-perkukuh-hubungan-kerjasama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:04 MYT
Bukit Aman - 6 Januari 2011

YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar memulakan sesi tahun 2011 dengan mengambil pendekatan murni  mengadakan perjumpaan Fasa Pertama bersama Ketua-ketua Pengarang Media Tempatan, tengahari tadi di Bilik Mesyuarat, Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman.

Perjumpaan yang dihadiri oleh Ketua-ketua Pengarang dan wakil-wakil dari Bernama, Harian Metro, Utusan Malaysia, Sinar Harian, New Straits Times, Sin Chew Daily, China Press dan Malaysia Nanban itu bertujuan mempereratkan lagi hubungan kerjasama antara PDRM dengan Media selain menerangkan perancangan dan hala tuju PDRM bagi tahun 2011 yang pastinya membawa cabaran baru kepada Pasukan.

 YDH Ketua Polis Negara turut menyentuh peranan Pusat Media PDRM yang beroperasi 24 jam sehari dalam membantu dan memberi kemudahan kepada pihak media untuk mendapatkan sumber maklumat yang tepat dan sahih selain menjawab dan menjelaskan sebarang isu kepolisan agar masyarakat memahami perkara yang sebenar.


Sesi perjumpaan secara berfasa PDRM - Media tersebut akan diadakan untuk semua media bagi memastikan objektif dan tujuannya adalah menyeluruh dan sekaligus penyampaian perkhidmatan PDRM kepada masyarakat dapat dipertingkatkan.

Turut hadir semasa sesi perjumpaan tersebut adalah YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin bin Haji Ismail, YDH Pengarah-pengarah PDRM, YDH Ketua Polis Kuala Lumpur dan YDH Timbalan Ketua Polis Selangor.

Pdrm Media Perkukuh Hubungan Kerjasama
YDH Ketua Polis Negara menyambut ketibaan Ketua-ketua Pengarang media tempatan di Menara 1, Bukit Aman

Pdrm Media Perkukuh Hubungan Kerjasama
Perbincangan di Bilik Mesyuarat Tingkat 31, Menara 1 Bukit Aman

Pdrm Media Perkukuh Hubungan Kerjasama
Menerangkan konsep dan gambar yang ada di kalendar PDRM Tahun 2011

Pdrm Media Perkukuh Hubungan Kerjasama
Beramah mesra sambil menjamu selera

Pdrm Media Perkukuh Hubungan Kerjasama
Antara yang hadir di perjumpaan hari ini...

Pdrm Media Perkukuh Hubungan Kerjasama
Cenderahati kepada yang hadir
 
Wartawan  : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto    :  L/Kpl Aslam Syir Khan
Penyunting : F29 Siti Fatimah bt Abdul Manan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM