Article
Operasi Penguatkuasaan Had Laju Jalan Kuantan Kemaman
Berobjektifkan pencegahan kemalangan maut, pihak Polis Cawangan Trafik Bukit Aman bersama-sama dengan pihak Polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuan...
Kuantan - 30 Mac 2012
Berobjektifkan pencegahan kemalangan maut, pihak Polis Cawangan Trafik Bukit Aman bersama-sama dengan pihak Polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah mengadakan satu operasi khas sekatan jalan raya di KM Jalan Kuantan/Kemaman.
Taklimat penugasan telah disampaikan di Ibu Pejabat Daerah Trafik Kuantan oleh DSP Tan Hock Tho, DSP Operasi Penguatkuasa Operasi Kontinjen Bukit Aman yang merupakan Ketua Operasi pada malam itu. Operasi turut diperkuatkan dengan kekuatan pegawai dan anggota dari Trafik Bukit Aman dan IPD Kuantan.
Operasi selama 2 hari bermula pada 30 Mac 2012 dan berakhir pada 31 Mac 2012 melibatkan seramai 17 anggota serta 5 Pegawai PDRM. Operasi telah dipecahkan kepada 3 lokasi iaitu KM 25 Pintasan Sungai Ular dan KM 36 Sungai Baging yang bertanggungjawab mengendalikan alat Laser Speed Dectator, manakala di point 1 dan 2 di kedua-dua arah adalah bertanggungjawab mengendalikan sekatan jalan raya.
Operasi pada hari ini lebih tertumpu kepada kenderaan perkhidmatan awam dan perdagangan seperti bas persiaran, van, teksi, lori serta kenderaan persendirian seperti motosikal dan kereta.

Taklimat tugas dikendalikan oleh DSP Tan Hock Tho, DSP Operasi Penguatkuasa Operasi Kontinjen

Gambar sekitar operasi

Pemeriksaan lesen dan cukai jalan penunggang motosikal berkuasa tinggi

Point 1 dan 2 mengendalikan sekatan jalan

Salah seorang anggota trafik menunjukkan saiz standard bagi nombor plat kenderaan

DSP Tan Hock Tho memeriksa permit dan lesen salah seorang pemandu bas
Karangan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Matius Gabriel & Sjn Zaiddin bin Dahalan