Pelancaran Klinik Kaunseling Pdrm 2012
Bukit Aman - 5 April 2012
'Stress'
atau tekanan didefinisikan dengan suatu reaksi yang tidak spesifik oleh
seseorang disebabkan sesuatu bebanan yang menimpanya. Bebanan ini wujud
dalam pelbagai bentuk seperti cabaran ataupun apa-apa perubahan di
dalam hidup seseorang.
Dalam
konteks penguatkuasaan undang-undang, negara-negara maju telah mula
menyedari hakikat bahawa penugasan polis adalah sesuatu yang sangat
kompleks dari segi perspektif, semangat diri dan spesifikasi kerja yang
mencabar. Kajian-kajian ilmiah terhadap salah-laku polis dan penguat
kuasa undang-undang menunjukkan korelasi yang tinggi dengan fenomena
tekanan seseorang anggota polis.
Justeru
itu, di atas tanggungjawab untuk mempastikan tahap nilai-nilai teras
dan kompetensi yang meliputi akhlak, ilmu serta integriti setiap anggota
PDRM, Majlis Pelancaran Klinik Kaunseling PDRM 2012 telah
disempurnakan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis
Negara di Dewan Theatrette, Menara I, Bukit Aman, pagi ini.
Majlis
sulung ini adalah anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA)
PDRM. Klinik Kaunseling menyediakan peluang kepada warga PDRM untuk
berkongsi pengetahuan, pengalaman serta permasalah, mengurangkan
persepsi dan stigma warga PDRM terhadap perkhidmatan kaunseling
disamping memberikan pendedahan perkhidmatan psikologi kepada warga PDRM
merupakan antara objektif utama Pelancaran Klinik Kaunseling pada pagi
ini.
"Program
Klinik Kaunseling atau dikenali sebagai Program Kendiri Unggul yang
dikendalikan oleh BAKA buat julung kali ini merupakan program 'outreach' yang
menggunakan pendekatan 'turun padang' secara besar-besaran bagi
menyampaikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada warga PDRM
selaras dengan hasrat membangunkan modal insan dalam perkhidmatan
seperti yang digarap dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun
2005, Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusai Sektor
Awam", ujar YDH Ketua Polis Negara di dalam ucapan perasmian beliau.
"Saya
menyarankan bahawa perkhidmatan kaunseling di bawah pentadbiran BAKA
digunakan sepenuhnya oleh warga PDRM. Setiap kita mempunyai masalah dan
masalah tersebut perlu diatasi demi tugas dan keluarga. Peluang yang
tersedia melalui Klinik Kaunseling ini mestilah digunakan sepenuhnya.
Janganlah kita bersifat malu atau acuh tak acuh dalam soal ini kerana ia
hanya akan merugikan diri sendiri", YDH Ketua Polis Negara mengakhiri
ucapan perasmian.
Turut
hadir majlis pagi ini adalah YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,
Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md.
Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat
Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin
Abddullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin
Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism), YDH
SAC Dato' Dr. Haji Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan
(BAKA), DR. Toh Chin Lee, Pegawai Perubatan Jabatan Psikiatri Hospital
Selayang, YDH Timbalan-timbalan Pengarah Jabatan, YDH Ketua-ketua Polis
Negeri, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Anggota-anggota Polis dan
Kakitangan Awam.
Ujian
tekanan, sudut pameran oleh Unit Khidmat Sokongan Mangsa (VCC), jualan
buku-buku kesihatan dan pemeriksaan tekanan darah telah dibuka di ruang
legar Menara 1. Di samping itu juga turut disediakan dua sesi ceramah
yang berkaitan tekanan di dalam kerjaya dan keluarga.

Pendaftaran peserta

Ketibaan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

YDH Timbalan Ketua Polis Negara sementara menanti ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Antara Pegawai Kanan Polis yang menyambut ketibaan

Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara



Bacaan doa dibawa oleh Insp Ridhuwan bin Zaini, Inspektor Cawangan BAKA

Antara yang hadir

Ucapan Perasmian oleh YDH Ketua Polis Negara

Tayangan Montaj Video

Cenderahati
disampaikan oleh YDH SAC Dato' Dr. Haji Hashim bin Haron, Timbalan
Pengarah Pengurusan (BAKA) kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,
Ketua Polis Negara
Sekitar lawatan booth









Pegawai
dan anggota daripada Pusat Sokongan Rakaman Keterangan Kanak-kanak
daripada Unit Sokongan Mangsa (VCC) yang terlibat mengendalikan sudut
pameran

Uji tahap sterss anda.. Jabatan Psikiatri Hospital Selayang



Ceramah I bertajuk Kepentingan Psikologi Kaunseling Dalam Perkhidmatan Awam/PDRM yang dibawakan oleh Y.Bhg Dato' Dr. Ismail Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam



Ceramah bertenaga oleh Y.Bhg Dr Robiah K Hamzah, Perunding Motivasi RKH Motivation And Service dengan ceramah Hati : Keluarga VS Kerjaya
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan