PROGRAM KELUARGA BAHAGIA SIRI 1/2012 – MAHLIGAI KASIH
Kuala Lumpur, 29 Mac 2012 (Khamis) - Satu Program Keluarga Bahagia Siri 1/2012 - Mahligai Kasih telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan anjuran bersama Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Bukit Aman, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam (PPZ MAIWP) dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Peserta Program terdiri daripada Pegawai, anggota dan pegawai awam seramai 110 orang, manakala penceramah jemputan ialah Tuan Haji Shafai Uda Jaafar daripada Succes Together Consulting yang berpengalaman dalam bidang pengurusan kekeluargaan.
Tujuan Program Keluarga Bahagia Siri 1/2012 - "Mahligai Kasih" ialah :
1. Memberi pendedahan berkenaan perbezaan kehendak dan keperluan lelaki dan wanita melalui modul Mahligai Kasih.
2. Memberi pemahaman kepada peserta / pasangan suami isteri supaya menghormati perbezaan mereka sehingga mampu bertolak ansur dalam perkara yang bertentangan.
3. Mengurangkan stress diri dan pasangan dalam memahami perbezaan dan menanam perasaan saling lengkap - melengkapi kekurangan masing-masing.
4. Menanam sikap untuk berzakat bagi keberkatan rumahtangga dibina.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta/suami isteri menggunakan panduan " Suami Memimpin, Isteri Mengurus" berdasarkan nas-nas al-Quran dan kajian-kajian Universiti. Perbezaan fitrah yang ada pada mereka disebabkan oleh hormon yang berbeza iaitu lelaki dan wanita semenjak dari awal lagi kelahiran manusia lagi.
Beberapa perbezaan antara lelaki dan wanita yang biasa antaranya:
1. Kemahiran befikir
2. Peranan otak kiri dan kanan yang berbeza
3. Fokus dan Multitask kerja
4. Emosi dan lain-lain.
Program
ini dirasmikan Timbalan Pengarah Pengurusan (BAKA) dan turut dihadiri
bersama bersama Pen. Pengurus Besar (Operasi Dalam), Imam Besar Masjid
Wilayah Persekutuan dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Agama

Pendaftaran peserta-peserta...



Antara yang hadir...

YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling)

Bacaan Doa Selamat...

Tuan Haji Shafai Uda Jaafar menyampaikan ceramah

Ucapan oleh YDH SAC Dato' Dr Hashim


Penyampaian cenderahati...
Berita : BAKA Bukit Aman
Gambar : D6 Bukit Aman