Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Operasi Lumba Haram

Published: 09 Jun 2014 9.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Operasi Lumba Haram telah bermula pada 1 Mei 2009 dan akan berterusan sehingga 31 Julai 2009. Sehingga 17 Mei 2009, sejumlah 689 Operasi Lumba Haram telah dijalankan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/operasi-lumba-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:42 MYT

Kuala Lumpur - 19 Mei 2009. YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan telah meluangkan masa berjumpa dengan Pegawai-pegawai Penguatkuasa serta anggota yang  menjalankan Operasi Lumba Haram di sekitar Lembah Klang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pagi ini.

Hadir sama ialah YDH ACP Mohd Fuad bin Abd Latif, Timbalan Ketua Trafik Pasukan, Supt. Hamzah bin Ahmad Pegawai Turus Penguatkuasa, Supt. Hj Alias bin Hj. Sam PT Pentadbiran Trafik, Supt. Goh Kim Hua, Supt Penyelidik serta Pegawai-pegawai Kanan Trafik Bukit Aman.

Dalam perjumpaan yang dihadiri juga oleh wakil-wakil media, Ketua Trafik Pasukan memaklumkan Operasi Lumba Haram telah bermula pada 1 Mei 2009 dan akan berterusan sehingga 31 Julai 2009. Sehingga 17 Mei 2009, sejumlah 689 Operasi Lumba Haram telah dijalankan dan hasilnya seramai 69 orang telah ditangkap di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sepanjang Operasi Lumba Haram itu, seramai 591 orang yang diperiksa telah menjalani ujian rambang dadah. Hasilnya 21 orang telah ditangkap kerana kesalahan memiliki dan salahguna najis dadah. Lain-lain tangkapan ialah 2 kes memiliki senjata berbahaya dan 5 kes motosikal curi.

Ketua Trafik Pasukan juga memaklumkan, sejumlah 3,246 saman telah dikeluarkan ke atas pesalah-pesalah yang tidak memiliki lesen memandu. Sejumlah 238 saman juga telah dikeluarkan kepada tuan punya motosikal yang membenarkan orang yang tiada lesen memandu menggunakan motosikal mereka sementara sejumlah 1,029 motosikal telah disita kerana pelbagai kesalahan.

Ketua Trafik Pasukan juga menasihati ibubapa atau penjaga  seharusnya menjaga anak-anak mereka agar tidak keluar rumah sehingga lewat malam, terutama sekali sekiranya mereka keluar bermotosikal dan  tidak membenarkan anak-anak ini menunggang motosikal tanpa mempunyai lesen memandu kerana tuan punya motosikal juga akan turut disaman sekiranya menunggang motosikal tanpa lesen memandu.

Operasi Lumba Haram
YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan menguji motosikal Honda ST 1300

Operasi Lumba Haram
YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan bersama Pegawai-pegawai Kanan Trafik PDRM di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

ArticlePublished 09 Jun 2014 9.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM