Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejohanan Ragbi 10 Piala Ketua Polis Negara 2009

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kejohanan Ragbi 10's ini memberi setiap pasukan menonjolkan kehebatan dan kemahiran masing-masing disamping menjadikan kejohanan ini sebagai jambatan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-ragbi-10-piala-ketua-polis-negara-2009
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:43 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 17 Mei 2009. Kejohanan Ragbi 10' Piala Ketua Polis Negara 2009 telah diadakan di Padang Utama, PULAPOL Kuala Lumpur bermula 16 - 17 Mei 2009. Kejohanan Ragbi 10' Piala Ketua Polis Negara 2009 tahun ini dianjurkan oleh Kontinjen Kuala Lumpur dan sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian.

Sukan Ragbi merupakan sukan lasak yang dapat mempertingkatkan kemahiran (skill) untuk bertindak dan berfikir dengan pantas. Disamping itu, Kejohanan Ragbi 10's ini memberi setiap pasukan menonjolkan kehebatan dan kemahiran masing-masing disamping menjadikan kejohanan ini sebagai jambatan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga PDRM. Apa yang diharapkan, kejohanan ini nanti mampu mencungkil bakat-bakat baru, dengan satu fokus ke arah penguasaan PDRM dalam sukan ini.

Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Ragbi 10's Piala KPN 2009 telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.

Hadir sama di majlis itu ialah YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur yang juga Penaung Jawatankuasa Pengelola, YDH SAC I Dato' Abdul Samah bin Hj. Mat, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC I Dato' Shabudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH SAC II Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Bagi pertandingan kategori Bowl, pemenangnya ialah Kontinjen Pulau Pinang, Naib Johan Kategori Plate - Kontinjen Perak dan Johan - Kontinjen Pahang.

Pertandingan akhir kategori Cup diungguli oleh Pulapol Kuala Lumpur menewaskan Kontinjen Selangor dengan kiraan mata 24 berbalas 5. Para tetamu juga dipertontonkan perlawanan persahabatan ( Curtain Raiser) Veteran PDRM antara Pegawai dan APR yang berumur atas 45 tahun.

Kejohanan Ragbi 10 Piala Ketua Polis Negara 2009
Barisan Pulapol KL (baju belang kuning biru) cuba menghalang kemaraan pemain Kontinjen Selangor diperlawanan akhir

Kejohanan Ragbi 10 Piala Ketua Polis Negara 2009
Pengurus Pasukan Kontinjen Pahang menerima piala kejohanan bagi acara Plate

Kejohanan Ragbi 10 Piala Ketua Polis Negara 2009
Ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan Ragbi 10's Piala KPN 2009 oleh YDH Pengarah Pengurusan PDRM

Kejohanan Ragbi 10 Piala Ketua Polis Negara 2009
Kontinjen Selangor, Naib Johan 'Cup'

Kejohanan Ragbi 10 Piala Ketua Polis Negara 2009
YDH Pengarah Pengurusan beramah mesra dengan pemain-pemain dari Kontinjen Sabah.

Kejohanan Ragbi 10 Piala Ketua Polis Negara 2009
Antara Kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.

Kejohanan Ragbi 10 Piala Ketua Polis Negara 2009
YDH Pengarah Pengurusan bergambar kenangan dengan Johan 'CUP' Pulapol Kuala Lumpur.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM