Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

588 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Putrajaya-21 Mei 2009. Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis, sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 Tahun 2009, telah menyaksikan seramai 588 pegawai dan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/588-terima-anugerah-daripada-spb-yang-di-pertuan-agong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:04 MYT

Putrajaya-21 Mei 2009. Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis, sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 Tahun 2009, telah menyaksikan seramai 588 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), menerima anugerah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathigu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Istiadat penganugerahan itu berlangsung di Istana Melawati Putrajaya, pada 19 Mei dan 21 Mei 2009.

Mendahului senarai penerima, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi Harun Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism), menerima Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).

Seramai 118 dianugerahkan Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP). Di antara penerimanya ialah YDH DCP Dato' Mortadza Nazarene, YDH Dato' Abdul Rahman Hussin, YDH Dato' Salleh Mat Rasit, YDH Dato' Abdul Samah Hj. Mat dan YDH SAC I Jamshah Mustapa.

Diikuti 135 dianugerahkan Pahlawan Pasukan Polis (PPP) dan 29 dianugerahkan Kesatria Pasukan Polis (KPP). Manakala seramai 301 lagi dianugerahkan Bentara Pasukan Polis (BPP).

Pingat Keberanian Polis (PKP), dianugerahkan kepada C/Insp. Ang Weai Leoong, Kpl/D. Azmi Shanusi, L/Kpl. Mohamad Achok dan Pesara Polis S.M. Apot Saad.

Turut hadir di istiadat penganugerahan itu ialah Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri, Dato' Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, En. Jelaing anak Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Dato' Hj. Hassan Ketua Polis Negara dan YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara serta Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM.

588 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong
YDH Dato' Mohamed Fuzi Harun Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) PDRM disematkan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP)

588 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong
YDH Dato' Jamshah Mustapa Timbalan Ketua Polis Selangor dianugerahkan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP)

588 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, beramah mesra diakhir Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Keberanian Polis.

588 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong
Di antara Exco PPRPD Malaysia yang menerima Darjah Bentara Pasukan Polis, bergambar kenangan bersama isteri masing-masing.

588 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan bergambar kenangan di akhir Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Keberanian Polis.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM