Operasi Bersama Cegah Kemalangan Maut Di Genting Highlands
Genting , 15 Okt -
Berobjektifkan pencegahan kemalangan maut di jalan-jalan menuju ke
lokasi peranginan Genting Highland, PDRM bersama-sama dengan pihak Polis
Bantuan Resort World Berhad Genting Highlands dengan julung-julung
kalinya telah mengadakan satu operasi khas sekatan jalan raya di
beberapa lokasi jalan raya di pusat peranginan itu hari ini.
Sesi
Taklimat penugasan telah disampaikan oleh DSP Tan Hock Tho dari
Cawangan Trafik Bukit Aman yang juga merupakan Ketua Operasi tersebut di
Balai Polis Gohtong Jaya dan turut diperkuatkan dengan kekuatan pegawai
dan anggota dari Trafik Bukit Aman, IPD Kuala Kubu Baru, IPD Bentong
dan Pasukan Polis Bantuan Resort World Berhad Genting Highlands.
Operasi
bermula sekitar 11 pagi ini melibatkan 7 Pegawai dan 23 anggota PDRM
serta 3 Pegawai dan 8 anggota pasukan Polis Bantuan Resort World Berhad
Genting Highlands dan dipecahkan di 3 lokasi iaitu KM11.2 Jalan Genting,
KM9.5 Jalan Kisang-Genting dan Jalan Batang Kali.
Operasi
pada hari ini juga lebih tetumpu kepada kenderaan perkhidmatan awam dan
perdagangan seperti bas ekspres, bas peranginan, van, teksi, lori serta
kenderaan persendirian dan seperti motosikal dan kereta.
Sehingga
1 petang, sebanyak 68 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan
trafik dan operasi ini akan diteruskan sehingga esok.

Taklimat oleh DSP Tan Hock Tho, DSP Penguatkuasa Operasi Kontinjen.

Turut hadir pegawai dan anggota trafik

Turut terlibat pegawai dan anggota Polis Bantuan Resort World Berhad Genting Highlands.

Sekatan jalan raya 9.5km Jalan Kisang Genting.



Jurufoto : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor / L/Kpl Mohd Shahreel bin Shahriman
Wartawan : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor