Artikel
Pdrm Tidak Ambil Mudah Kes Jenayah Warga Asing
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengambil mudah kes-kes jenayah yang melibatkan warga asing. Merujuk kepada laporan akhbar The Star bertarikh 15 Sept...
Bukit Aman, 17 Oktober 2011
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengambil mudah kes-kes jenayah yang melibatkan warga asing. Merujuk kepada laporan akhbar The Star bertarikh 15 Sept. 2011 mengenai keputusan Kerajaan Kemboja menyekat warga Kemboja bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia berikutan dakwaan mengatakan warga Kemboja didera, dirogol dan dibunuh.
Sehubungan itu, berdasarkan hasil semakan oleh PDRM mengenai dakwaan ini mendapati sejak tahun 2004 hingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana orang sama ada waris mahupun wakil Kerajaan Kemboja mengenai kejadian bunuh melibatkan pembantu rumah warga negara tersebut.
Berikutan itu, PDRM tidak pernah memandang rendah isu ini dan sejumlah besar kes-kes ini telah berjaya diselesaikan terutamanya yang melibatkan warga Kemboja yang didapati tiada kaitan dengan mana-mana pembantu rumah. Rekod PDRM menunjukkan terdapat dua kes bunuh yang melibatkan pembantu rumah warga negara tersebut.
PDRM juga telah mengambil langkah yang proaktif bagi memastikan siasatan kes-kes seksual (rogol dan cabul kehormatan) serta penyiasatan kes-kes keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak. PDRM menjelaskan bahawa sebarang rogol mahupun penderaan pembantu rumah warga Kemboja akan diberi perhatian serius bagi memastikan mereka mendapat pengadilan yang sewajarnya.
21 orang wanita warga Uganda diselamatkan
Dalam pada itu, satu pasukan daripada Unit Anti-Pemerdagangan Orang, D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman telah menjalankan serbuan di empat buah rumah di Sunway Mentari Court, Petaling Jaya, Selangor.
Hasil serbuan itu telah berjaya menyelamatkan seramai 21 orang perempuan warga negara Uganda berumur di antara 19 hingga 42 tahun yang disyaki telah dibawa masuk ke Malaysia dan diekploitasi sebagai hamba seks di sekitar kawasan berhampiran.
Seramai 2 orang perempuan warga negara Uganda yang disyaki berperanan sebagai "Ibu Ayam" (ahli sindiket) telah berjaya ditangkap bersama-sama seorang lelaki warga negara Uganda yang disyaki pelanggan.
Hasil siasatan awal mendedahkan bahawa kesemua mangsa telah direkrut dari negara asal (Uganda) dan dibawa ke Malaysia melalui negara China. Mereka telah dijanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah atau pekerja hotel yang menawarkan gaji yang lumayan. Ahli sindiket di Uganda turut menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan dokumen perjalanan atau pasport secara percuma untuk mangsa membuatkan mereka lebih tertarik kepada tawaran oleh perekrut / sindiket. Kesemua mangsa masuk ke Malaysia melalui jalan udara menggunakan pas lawatan sosial.
Turut hadir di majlis sidang media, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Timb. Pengarah Risikan/Operasi, YDH SAC Jalil bin Hassan, Ketua Pen. Pengarah Bahagian D7 (Kongsi/Judi/Maksiat), Pegawai-pegawai Kanan Polis dan wakil-wakil media.

YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di dalam Sidang Media petang ini

Antara rakan media yang hadir

YDH SAC Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D7 (Kongsi Gelap/Judil/Maksiat) menunjukkan buku catitan mengenai urusniaga pelacuran
Wartawan : L/Kpl Muhammad Lokamanul Hakim bin S.Nor
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo