Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Operasi Bersama Cegah Kemalangan Maut Di Genting Highlands

Published: 11 Jun 2014 7.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Berobjektifkan mencegah kemalangan maut di sepanjang jalan menuju ke lokasi peranginan Genting Highland, PDRM bersama-sama dengan pihak Polis Bantuan Resort World Berhad Genting Highlands dengan julun..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/operasi-bersama-cegah-kemalangan-maut-di-genting-highlands
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:00 MYT

Genting , 15 Okt - Berobjektifkan pencegahan kemalangan maut di jalan-jalan menuju ke lokasi peranginan Genting Highland, PDRM bersama-sama dengan pihak Polis Bantuan Resort World Berhad Genting Highlands dengan julung-julung kalinya telah mengadakan satu operasi khas sekatan jalan raya di beberapa lokasi jalan raya di pusat peranginan itu hari ini.

Sesi Taklimat penugasan telah disampaikan oleh DSP Tan Hock Tho dari Cawangan Trafik Bukit Aman yang juga merupakan Ketua Operasi tersebut di Balai Polis Gohtong Jaya dan turut diperkuatkan dengan kekuatan pegawai dan anggota dari Trafik Bukit Aman, IPD Kuala Kubu Baru, IPD Bentong dan Pasukan Polis Bantuan Resort World Berhad Genting Highlands.

Operasi bermula sekitar 11 pagi ini melibatkan 7 Pegawai dan 23 anggota PDRM serta 3 Pegawai dan 8 anggota pasukan Polis Bantuan Resort World Berhad Genting Highlands dan dipecahkan di 3 lokasi iaitu KM11.2 Jalan Genting, KM9.5 Jalan Kisang-Genting dan Jalan Batang Kali.

Operasi pada hari ini juga lebih tetumpu kepada kenderaan perkhidmatan awam dan perdagangan seperti bas ekspres, bas peranginan, van, teksi, lori serta kenderaan persendirian dan seperti motosikal dan kereta.

Sehingga 1 petang, sebanyak 68 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dan operasi ini akan diteruskan sehingga esok.

Operasi Bersama Cegah Kemalangan Maut Di Genting Highlands
Taklimat oleh DSP Tan Hock Tho, DSP Penguatkuasa Operasi Kontinjen.

Operasi Bersama Cegah Kemalangan Maut Di Genting Highlands
Turut hadir pegawai dan anggota trafik

Operasi Bersama Cegah Kemalangan Maut Di Genting Highlands
Turut terlibat pegawai dan anggota Polis Bantuan Resort World Berhad Genting Highlands.

Operasi Bersama Cegah Kemalangan Maut Di Genting Highlands
Sekatan jalan raya 9.5km Jalan Kisang Genting.

Operasi Bersama Cegah Kemalangan Maut Di Genting Highlands


Operasi Bersama Cegah Kemalangan Maut Di Genting Highlands


Operasi Bersama Cegah Kemalangan Maut Di Genting Highlands


Jurufoto    :    L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor / L/Kpl Mohd Shahreel bin Shahriman 
Wartawan    :    L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor

ArticlePublished 11 Jun 2014 7.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM