Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Opbenteng Keratan Akhbar Pilihan Sempadan Tetap Dijaga Ketat

Published: 25 Dec 2021 11.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, penguatkuasaan terus dipertingkatkan bagi mengelakkan wujudnya sindiket-sindiket tertentu mengambil kesempatan ketika tumpuan difokuskan kepada bantuan dan pengurusan mangsa banjir.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbenteng-keratan-akhbar-pilihan-sempadan-tetap-dijaga-ketat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:56 MYT
Shah Alam, 25 Disember 2021 - Banjir yang melanda tujuh negeri termasuk Selangor tidak pernah sesekali membuatkan kawalan di sempadan longgar tanpa sebarang pengawasan pihak berkuasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, penguatkuasaan terus dipertingkatkan bagi mengelakkan wujudnya sindiket-sindiket tertentu mengambil kesempatan ketika tumpuan difokuskan kepada bantuan dan pengurusan mangsa banjir.

Katanya, pemantauan dan kawalan lokasi pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Kuala Langat sehingga Sabak Bernam tetap menjadi fokus.

"Ini termasuk lorong-lorong tikus yang dianggarkan 61 kesemua berada di Selangor. Rondaan penugasan tetap dijalankan walaupun ketika ini dua buah pos iaitu Pos Tok Muda dan Assam Jawa dinaiki air banjir.

"Bantuan mangsa banjir ada juga dilakukan PGA Batalion 4, namun kami tetap setia memastikan sempadan negara bebas daripada sebarang cubaan kemasukan PATI," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'Sempadan tetap dijaga ketat SHAH ALAM Banjir yang me- datang asing tanpa izin (PATI) Angkatan Tentera, Jene
ArticlePublished 25 Dec 2021 11.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM