
Artikel
Perkep Ipd Shah Alam Sumbang Tenaga Bersihkan Masjid Al Falah Taman Sri Muda
Menurut pengerusinya, Puan Hasina Rafik memaklumkan bahawa ahli-ahli PERKEP IPD Shah Alam mencuci masjid tersebut bagi memastikan ianya dapat diguna pakai oleh...
Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia.
Itulah peribahasa yang sesuai diberikan buat srikandi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia khasnya dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kerana sama-sama membantu proses pembersihan di Masjid Al-Falah, Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor yang terjejas banjir, baru-baru ini.
Menurut pengerusinya, Puan Hasina Rafik memaklumkan bahawa ahli-ahli PERKEP IPD Shah Alam mencuci masjid tersebut bagi memastikan ianya dapat diguna pakai oleh masyarakat setempat, secepat mungkin.
Syabas srikandi Polis Diraja Malaysia!











