
Artikel
Opbanjir Bekalan Air Bersih Berterusan Buat Penduduk Orang Asli Paya Lebar Hulu Langat
Bagi memastikan penduduk setempat dapat meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan yang selesa, Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam, Johor t...
Bagi memastikan penduduk setempat dapat meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan yang selesa, Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam, Johor telah mengagihkan bekalan sumber air bersih untuk kegunaan penduduk Orang Asli Paya Lebar, Hulu Langat, Selangor, hari ini.
Pengagihan tersebut dilakukan di surau dan balai raya di perkampungan tersebut dengan menggunakan aset PGA iaitu dua buah ‘water trailer” beserta tiga buah Land Rover dan tiga buah “e-bike”.