
Artikel
Opbanjir Senyuman Terukir Di Wajah Mangsa Banjir Tatkala Terima Bantuan
Senyuman terukir di wajah penduduk Kampung Orang Asli Paya Lebar, Hulu Langat apabila menerima bantuan keperluan asas yang disumbangkan oleh badan bukan keraja...
Senyuman terukir di wajah penduduk Kampung Orang Asli Paya Lebar, Hulu Langat apabila menerima bantuan keperluan asas yang disumbangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), Munawwarween Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini.
Sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak memberi kelegaan buat para penduduk yang terjejas dengan banjir. Misi tersebut dijalankan dengan penglibatan seramai 36 orang termasuk tiga pegawai kanan menggunakan beberapa aset penting PGA seperti 'e-bike', Land Rover dan Ford Ranger untuk ke lokasi.
Terdahulu, Komander Operasi Briged Tengah, PGA, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim telah mengadakan perjumpaan bersama media bagi memberi penerangan lanjut berhubung kekuatan penugasan pegawai serta anggota PDRM yang terlibat dalam Op Pasca Banjir di Hulu Langat, Selangor.