Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Opbanjir Semua Agensi Di Bawah Kdn Bergotong Royong Kembalikan Wajah Ceria Taman Sri Nanding

Diterbitkan: 30 Dec 2021 12.29 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Walaupun operasi pasca banjir di Batu 13, Hulu Langat, Selangor hampir memasuki minggu kedua, namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama lain-lain agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus komited bergotong-royong dengan masyarakat untuk mengembalikan semula keceriaan di Taman Sri Nanding, dekat sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/opbanjir-semua-agensi-di-bawah-kdn-bergotong-royong-kembalikan-wajah-ceria-taman-sri-nanding
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:46 MYT

Walaupun operasi pasca banjir di Batu 13, Hulu Langat, Selangor hampir memasuki minggu kedua, namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama lain-lain agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus komited bergotong-royong dengan masyarakat untuk mengembalikan semula keceriaan di Taman Sri Nanding, dekat sini.
Jalan Intan 3, 4 dan 5 dekat Taman Sri Nanding antara kawasan terjejas teruk dilanda bencana banjir bermula 18 Disember lalu.

Namun, dengan kehadiran beberapa batalion dan unit dari Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Udara, Pasukan Polis Marin, Unit Tindakhas, 69 Komando, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas serta lain-lain sukarelawan dari pelbagai agensi di bawah KDN mampu mengurangkan sedikit bebanan ditanggung penduduk di taman tersebut.

PDRM turut menurunkan beberapa asetnya lagi hari ini berupa 11 buah lori pengangkut, dua buah kenderaan lasak jenis "Land Rover", tiga buah "water cannon" milik PSP dan dua buah "water jet" dalam gotong-royong inter-agensi di taman itu tadi.

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people and body of water

May be an image of 8 people and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of outdoors

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 2 people, body of water and text that says 'ACCURATE'

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 3 people, body of water and indoor

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

ArtikelDiterbitkan 30 Dec 2021 12.29 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM