
Artikel
Opbanjir Apa Jua Tugas Yang Diamanahkan Tetap Warga Pga Galas Sepenuh Hati
Operasi pasca banjir itu merupakan kesinambungan tugas yang telah mereka mulakan sejak air banjir surut di kawasan yang terjejas teruk itu.
Dengan kekuatan seorang pegawai kanan dan 15 anggota dari Batalion 5, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta dibantu sebuah lori pengangkut dan jentolak, banyak sisa kerosakan banjir dapat dibersihkan di sepanjang jalan di hadapan Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, Selangor hari ini.
Operasi pasca banjir itu merupakan kesinambungan tugas yang telah mereka mulakan sejak air banjir surut di kawasan yang terjejas teruk itu.
PGA dan seluruh elemen Polis Diraja Malaysia serta rakan-rakan sahabat agensi penguatkuasa lain telah 'berkampung' lebih seminggu di Hulu Langat, Selangor bagi memastikan keadaan kembali normal seperti sediakala.
Ucapan terima kasih kepada masyarakat, penduduk kampung dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam melancarkan penugasan op pasca banjir kali ini.



