
Artikel
Opbanjir Kerjasama Mantap Polis Dan Guru Bantu Bersihkan Semula Sekolah
Dalam operasi pasca banjir di Kontinjen Selangor itu, PDRM turut menurunkan sebuah jentera "water canon", lori dan kenderaan lasak pacuan empat roda jenis Land...
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Simpanan Persekutuan 'berhimpun' bersama guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor untuk membersihkan semula sekolah itu yang dilanda banjir, baru-baru ini.
Dalam operasi pasca banjir di Kontinjen Selangor itu, PDRM turut menurunkan sebuah jentera "water canon", lori dan kenderaan lasak pacuan empat roda jenis Land Rover bagi membantu tugas-tugas pembersihan.
Saat paling manis dalam operasi tadi ialah apabila sekumpulan pelajar sekolah tersebut turut melapangkan masa membantu pihak berkuasa dan guru mereka mencuci bilik darjah dan peralatan belajar yang rosak terkena banjir.
Hadir sama menyumbang tenaga di sekolah tadi ialah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Askar Wataniah dan sukarelawan Jabatan Pendidikan Malaysia.






