Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Nekad Terjun Sungai Klang Elak Ditangkap

Published: 13 Jun 2014 1.10 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Puchong - 3 Januari 2009. Polis berjaya menangkap seorang lelaki Indonesia berketurunan Acheh dan merampas sepucuk pistol beserta 5 butir peluru dalam satu serbuan di Puchong...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nekad-terjun-sungai-klang-elak-ditangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:28 MYT

Puchong - 3 Januari 2009. Polis berjaya menangkap seorang lelaki Indonesia berketurunan Acheh dan merampas sepucuk pistol beserta 5 butir peluru dalam satu serbuan di Puchong.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Bin Abu Bakar berkata, Operasi Khas tersebut dijalankan oleh Cawangan Jenayah Berat D9. Semasa tangkapan dibuat, lelaki berkenaan nekad terjun ke dalam Sungai Klang dan dihanyutkan arus deras dan tersangkut di bawah jambatan. Dengan bantuan pihak bomba, lelaki tersebut berjaya diselamatkan.

Hasil daripada siasatan, lelaki tersebut membawa pasukan polis ke sebuah rumah di Taman Perindustrian Puchong dan berjaya merampas sepucuk pistol beserta 5 peluru hidup yang disorok dalam beras.

Kejayaan besar adalah hasil maklumat orang awam.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.10 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM