Geng Aboy Tumpas
Sepang - 07 Februari 2009.
Polis Selangor berjaya menembak empat lelaki Geng Aboy di Pulau
Meranti, Dengkil pada awal pagi ini. Kumpulan penjenayah terlibat
melakukan samun di rumah seorang Penolong Pengarah Kesihatan Selangor
di Batu 3 Shah Alam kira-kira 2 hari lepas.
Ketua
Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan penjenayah
yang amat dikehendaki ini menggunakan sebuah kereta pelbagai guna MPV
jenis Naza Ria warna hitam. Semasa anggotanya memintas kereta tersebut,
kumpulan ini nekad merempuh kereta yang dinaiki polis dengan menggunakan
parang menyebabkan salah seorang anggota polis cedera ditetak oleh
penjenayah terbabit. Anggotanya melepaskan beberapa das tembakan bagi
mempertahankan diri. Kesemua suspek mati ditempat kejadian. Anggotanya
yang cedera dirawat di hospital dan kini dalam keadaan stabil.
Katanya
lagi, turut dirampas 4 bilah parang, serangkai kunci yang digunakan
suspek untuk membuka pintu rumah dan pelbagai barangan hasil samun milik
Penolong Pengarah Kesihatan Selangor.
Menurutnya,
dengan tumpasnya kumpulan penjenayah ini, Polis Selangor percaya dapat
menyelesaikan 10 kes samun dan pecah rumah di Selangor.
Kejayaan besar ini adalah hasil maklumat orang awam.