Geng Ronal Tumpas
Kajang - 19 Januari 2009.
Polis Selangor berjaya menembak mati tiga lelaki Indonesia yang paling
dikehendaki di Susur Keluar Kajang Mewah semasa kumpulan penjenayah
terbabit dipercayai mahu melakukan rompakan di Kajang awal pagi dengan
menggunakan sebuah kereta Proton Waja warna perak.
Ketua
Polis Selangor, Datuk Khalid Bin Abu Bakar berkata, sepasukan polis
telah menahan kereta terbabit bertujuan untuk membuat pemeriksaan dan
terjadi berbalas tembakan dengan penjenayah. Kesemua suspek mati di
tempat kejadian.
Polis
turut menemui sepucuk pistol buatan sendiri yang digunakan oleh suspek,
5 butir peluru dan 2 kelongsong peluru. Turut dijumpai 2 bilah parang, 1
bilah celoret serta peralatan untuk pecah rumah. Hasil pemeriksaan,
kereta yang digunakan oleh suspek adalah kereta curi.
Kumpulan
penjenayah terbabit dipercayai telah melakukan lebih daripada 50 kes
samun dan pecah rumah di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan
Johor.
Kejayaan besar adalah hasil maklumat orang awam.