Nekad Terjun Sungai Klang Elak Ditangkap
Puchong - 3 Januari 2009.
Polis berjaya menangkap seorang lelaki Indonesia berketurunan Acheh dan
merampas sepucuk pistol beserta 5 butir peluru dalam satu serbuan di
Puchong.
Ketua
Polis Selangor, Datuk Khalid Bin Abu Bakar berkata, Operasi Khas
tersebut dijalankan oleh Cawangan Jenayah Berat D9. Semasa tangkapan
dibuat, lelaki berkenaan nekad terjun ke dalam Sungai Klang dan
dihanyutkan arus deras dan tersangkut di bawah jambatan. Dengan bantuan
pihak bomba, lelaki tersebut berjaya diselamatkan.
Hasil
daripada siasatan, lelaki tersebut membawa pasukan polis ke sebuah
rumah di Taman Perindustrian Puchong dan berjaya merampas sepucuk pistol
beserta 5 peluru hidup yang disorok dalam beras.
Kejayaan besar adalah hasil maklumat orang awam.