Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Misi Pengaman Pbb Ke Darfur Sudan

Published: 09 Jun 2014 8.05 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Seramai 29 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/misi-pengaman-pbb-ke-darfur-sudan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:11 MYT

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang - 10 Jun 2008. Seramai 29 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang ke Darfur, Sudan untuk berkhidmat dibawah Misi Pengaman PBB.

Kumpulan ini merupakan kumpulan keempat (4) di Darfur, diketuai oleh Supt. Ooi Kee Lin sebagai Ketua Kontinjen Malaysia dan dijangka bertugas selama setahun.

Sudan merupakan rakan didalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dimana lebih daripada 90% penduduk Darfur adalah beragama Islam. Sudan juga merupakan destinasi eksport ke 14 terbesar bagi Malaysia di Afrika dengan jumlah dagangan mencecah  AS 1.9 juta.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh YDH SAC I Dato' Ahmad bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan dan Perjawatan). Hadir sama ialah YDH ACP Megat Abd. Malek bin Megat Abd. Hamid, Penolong Pengarah Perjawatan Audit, YDH Supt. Arshad bin Hj. Abd. Jalil, Ketua PT Istiadat dan pegawai-pegawai, anggota serta ahli keluarga.

Dalam ucapannya oleh  YDH SAC I Dato' Ahmad bin Ibrahim, beliau berpesan kepada pegawai dan anggota supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang di bawah bendera PBB, jangan lupa moto dan tema pasukan 'Integriti Amalan Kita' dan 'Tegas, Adil dan Berhemah', tunjukkanlah mutu disiplin yang tinggi dan bertugas secara profesional.

Beliau juga menyeru supaya sentiasa membina persefahaman dan kerjasama yang baik dengan Pasukan-pasukan Sahabat  serta pasukan keselamatan Sudan, elakkan dari mewujudkan suasana yang tidak harmoni dikalangan kita dengan masyarakat tempatan. Sentiasa menghormati adat resam dan budaya mereka serta jangan membicarakan dan menyentuh persoalan sensitif terhadap masyarakat negara Sudan.

Misi Pengaman Pbb Ke Darfur Sudan
Doa Selamat...semoga selamat berangkat dan selamat menjalankan tugas serta selamat kembali ke tanahair dalam keadaan yang sihat sejahtera

Misi Pengaman Pbb Ke Darfur Sudan
Ikrar...Diketuai oleh Supt. Ooi Kee Lin, Ketua Kontinjen Malaysia

Misi Pengaman Pbb Ke Darfur Sudan
Bergambar...sebahagian pegawai dan anggota Misi Pengaman PBB bergambar kenangan sebelum berangkat ke Darfur, Sudan

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.05 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM