Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Smk Seri Raub Melawat Bukit Aman

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.05 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.49 PM
Bukit Aman - 10 Jun 2008 - Kelab Pencegahan Jenayah dari Sek. Men. Keb. Seri Raub, Pahang telah membuat lawatan ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/smk-seri-raub-melawat-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:51 MYT

Bukit Aman - 10 Jun 2008 - Kelab Pencegahan Jenayah dari Sek. Men. Keb. Seri Raub, Pahang telah membuat lawatan ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. Kedatangan Rombongan tersebut telah disambut mesra oleh Penguasa Perhubungan Awam, Supt. Rasdi Bin Ramli, pegawai-pegawai, anggota-anggota serta kakitangan awam Cawangan Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia, di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

Rombongan pelajar-pelajar itu diketuai oleh En. Abd Rahman Bin Sani, selaku Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah sekolah tersebut. Mereka telah diberi peluang untuk melawat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dan juga diberi taklimat "Kerjaya Polis" yang disampaikan oleh Cif Insp. Saipul Anuar Bin Razali dari Cawangan Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.

 Smk Seri Raub Melawat Bukit Aman
Penguasa Perhubungan Awam, Supt. Rasdi Bin Ramli sedang melayan pelajar-pelajar semasa jamuan minum pagi.

Smk Seri Raub Melawat Bukit Aman
Cenderahati... En. Abd Rahman Bin Sani menyampaikan cenderahati kepada Penguasa Perhubungan Awam, Supt. Rasdi Bin Ramli.

Smk Seri Raub Melawat Bukit Aman
Gambar kenangan... Pelajar-pelajar dari Kelab Pencegahan Jenayah dari Sek. Men. Keb. Seri Raub, Pahang bergambar kenangan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.05 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.49 PM