Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Ydh Pengarah Jkdn Ka Ke Markas Briged Tengah Pga

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.05 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.49 PM
YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail dan Y.Bhg. To' Puan Nur Habibah binti Hatim, buat pertama kalinya telah mengadakan lawatan rasmi ke Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-ydh-pengarah-jkdn-ka-ke-markas-briged-tengah-pga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:51 MYT

Cheras, Selangor - 11 Jun 2008. YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail dan Y.Bhg. To' Puan Nur Habibah binti Hatim, buat pertama kalinya telah mengadakan lawatan rasmi ke Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cheras sejak mengambil alih sebagai Pengarah Jabatan KDN/KA. Ketibaan YDH Dato' Hussin bin Hj. Ismail telah disambut oleh YDH SAC II Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah dan isteri.

Hadir sama di majlis lawatan tersebut ialah YDH SAC II Dato' Chuah Ghee Lye, Komander Unit Udara Polis, YDH SAC II Dato' Roslan bin Ahmad , Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Pegawai Pemerintah Batalion, Pegawai-pegawai Kanan, anggota serta ahli-ahli PERKEP .

Majlis Lawatan Rasmi YDH Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDN/KA) dimulai dengan pemeriksaan baris Kawalan Kehormatan dan ucapan alu-aluan dari YDH Komander Briged Tengah PGA dan ucapan YDH Pengarah JKDN/KA. Satelah selesai upacara penyampaian Surat Penghargaan dan sesi bergambar, satu sesi taklimat dan majlis dialog bersama pegawai-pegawai kanan Briged Tengah PGA telah diadakan di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Briged Tengah PGA. Sementara itu Y.Bhg To' Puan Nur Habibah binti Hatim membuat sesi lawatan ke rumah PERKEP Briged Tengah PGA.

Satelah selesai taklimat dan dialog, YDH Pengarah JKDN/KA telah membuat lawatan ke Litar Rentas Halangan dan Kompleks Lapang Sasar Briged Tengah PGA. YDH Pengarah JKDN/KA bersama-sama Pegawai Pemerintah Batalion dan Pegawai-pegawai Kanan sempat meluangkan masa untuk bertanding di Ujian Kemahiran Menembak Pistol dalam acara Berpasukan Jatuh Piring Besi.

"Pasukan Gerakan Am dianggap sebagai 'IGP RESERVE' yang kian hari diperlukan untuk membantu menangani masalah jenayah bukan hanya di sepanjang perbatasan tetapi juga digembeling untuk membantu usaha pembanterasan dan pencegahan jenayah di kotaraya, desa, kontinjen-kontinjen dan daerah-daerah. Ini menepati arahan KPN Direktif No. 3 yang meletak PGA sebagai sebuah pasukan yang dianggap tulang belakang PDRM dan negara", kata YDH Pengarah JKDN/KA dalam ucapannya. Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau juga menyeru kepada semua warga Pasukan Gerakan Am, bertekad dan bersama-sama berusaha memperkasakan Pasukan Gerakan Am agar mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan dan sekaligus meletakkan PDRM ke persada yang tinggi dan disanjung dunia.

Lawatan Ydh Pengarah Jkdn Ka Ke Markas Briged Tengah Pga
Periksa Baris...YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan sambil diiringi oleh ASP Jayarajan a/l Jayabalan, PP Baris

Lawatan Ydh Pengarah Jkdn Ka Ke Markas Briged Tengah Pga
Cenderahati...YDH SAC II Rosli bin Mohd Nizam, Komander Briged Tengah PGA menyampaikan cenderahatai kepada YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail 

Lawatan Ydh Pengarah Jkdn Ka Ke Markas Briged Tengah Pga
Sesi Bergambar...YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail bergambar kenangan bersamaKomander Briged Tengah PGA, Ketua Unit Udara Polis, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Pegawai Pemerintah Batalion dan Pegawai-pegawai Kanan

Lawatan Ydh Pengarah Jkdn Ka Ke Markas Briged Tengah Pga
YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail  mendengar taklimat berkaitan menanggani krisis Chemical, Biological, Nuclear and Radioactive (CBNR)

Lawatan Ydh Pengarah Jkdn Ka Ke Markas Briged Tengah Pga
Pasukan YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail menjuarai acara berpasukan tembak piring besi satelah menewaskan pasukan Komander Briged Tengah di peringkat akhir

Lawatan Ydh Pengarah Jkdn Ka Ke Markas Briged Tengah Pga
Taklimat Litar Rentas Halangan oleh YDH Supt. Abdul Haddi Itam, Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA.

Lawatan Ydh Pengarah Jkdn Ka Ke Markas Briged Tengah Pga
Pasukan Batalion 4 yang diketuai oleh Insp Mohd Mahyuddin bin Mohd Mokhtar (tiga duduk dari kiri) yang membuat pertunjukkan di Litar Rentas Halangan

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.05 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.49 PM