Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mh17 Dua Lagi Jenazah Tiba Di Klia

Diterbitkan: 24 Aug 2014 4.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebaik sahaja kedua-dua pintu kenderaan jenazah ditutup, pengerusi majlis membuat pengumuman kepada hadirin untuk bertafakur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mh17-dua-lagi-jenazah-tiba-di-klia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:18 MYT

SEPANG, 24 Ogos - Dua mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 tiba di Malaysia hari ini dengan diberi penghormatan dalam istiadat ringkas namun penuh penghormatan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.

Malaysia juga bertafakur selama seminit mulai 8.41 pagi sebagai tanda penghormatan terhadap mangsa tragedi itu.

Muram dan sayu menyelubungi istiadat penghormatan tentera seperti yang  diterima 20 korban mangsa nahas MH17 pada Jumaat, Pesawat komersial MH19 membawa kumpulan kedua jenazah mangsa nahas itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam pada tengah hari (6 petang waktu Malaysia) pada Sabtu dan mendarat di terminal utama KLIA pada 6.45 pagi.

Ia kemudian mula bergerak ke kawasan kompleks pada 8.25 pagi sebelum berhenti sepenuhnya untuk istiadat itu pada 8.30 pagi.

Hadirin termasuk kenamaan, pegawai kerajaan dan waris cuba melawan sebak serta tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih terutama ketika keranda jenazah dan kendi berisi abu mayat mula diturunkan dari pesawat itu dan diusung serta dibawa ke dalam dua kenderaan jenazah.

Jenazah pertama yang dibawa turun ialah Mohd Ghafar diikuti abu Ng.

Mohd Ghafar dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang manakala Ng akan dihantar ke Xiao En Bereavement Care Sdn Bhd di Cheras, Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja kedua-dua pintu kenderaan jenazah ditutup, pengerusi majlis membuat pengumuman kepada hadirin untuk bertafakur.

Suasana semakin sebak apabila kenderaan jenazah mulai bergerak untuk meninggalkan kawasan Kompleks Bunga Raya KLIA.

Berada di Kompleks Bunga Raya sempena istiadat penghormatan mangsa pesawat MH17 itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim 

Selain waris dan keluarga, turut dilihat hadir ialah sekumpulan anak kapal MAS, anggota keluarga serta waris penumpang pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.

Mh17 Dua Lagi Jenazah Tiba Di Klia
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim bertanya khabar kepada waris mangsa MH17

Mh17 Dua Lagi Jenazah Tiba Di Klia
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, mengucapkan takziah kepada waris mangsa MH17

Mh17 Dua Lagi Jenazah Tiba Di Klia
Antara kru penerbanganl MAS sedang membaca surah Yassin

Mh17 Dua Lagi Jenazah Tiba Di Klia
Ahli keluarga jenazah mangsa nahas MH17 tidak dapat menahan sebak

Mh17 Dua Lagi Jenazah Tiba Di Klia
Ahli keluarga jenazah mangsa nahas MH17 tidak dapat menahan sebak

Mh17 Dua Lagi Jenazah Tiba Di Klia
Pesawat komersial MH19 membawa kumpulan kedua jenazah mangsa nahas hari ni

Mh17 Dua Lagi Jenazah Tiba Di Klia
Antara kru penerbangan MAS tidak dapat menahan sebak

Mh17 Dua Lagi Jenazah Tiba Di Klia
Antara kru penerbangan MAS yang hadir

Mh17 Dua Lagi Jenazah Tiba Di Klia
Antara kru penerbangan MAS tidak dapat menahan sebak

Mh17 Dua Lagi Jenazah Tiba Di Klia
Ketika upacara istiadat penghormatan tentera kepada jenayah mangsa MH17

Sebaik sahaja kedua-dua pintu kenderaan jenazah ditutup, kesemua hadirin bertafakur selama seminit

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika majlis penghormatan

Mh17 Dua Lagi Jenazah Tiba Di Klia
Petugas Polis Trafik PDRM turut membantu melancarkan perjalanan

Mh17 Dua Lagi Jenazah Tiba Di Klia
Antara wakil-wakil PDRM yang turut hadir bagi memberi penghormatan kepada jenazah mangsa MH17

ArtikelDiterbitkan 24 Aug 2014 4.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM